sabar..


image.png

Maksud " SABAR " di dalam konteks amalan hati ialah menahan
nafsu daripada
dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau perasaan atau
rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, resah gelisah,
tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman kesusahan,
ketidak selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. Kesabaran
itu harus meliputi empat tindakan iaitu :

1. Tabah dan tekun di dalam melakukan taat
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran
3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang atau teguh hati menghadapi cobaan musibah

Sabar adalah satu tuntutan agama dan satu perisai untuk menahan diri daripada
fitnah nafsu yang bergelora. Orang yang gagal bersabar akan gagal di dalam hidup
dan akan rugi di dunia dan akhirat. Antara tujuan kita di suruh bersabar itu ialah:

1) Supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenteram dan dapat kesempurnaan
dan seterusnya mencapai matlamatnya.

2) Untuk kita berfikir dengan lebih matang. Apabila nafsu telah menguasai akal,
akal tidak dapat berfikir secara rasional di dalam menghadapi tindakan yang akan
dilakukan. Segala yang dilakukan itu hanya betul mengikut ukuran nafsu. Akibatnya
apabila terjadi kerosakan atau kecelakaan disebabkan tindakan itu, diri manusia
sudah tidak dapat mengelak, jadilah manusia itu terbelenggu disebabkan perbuatan-
nya sendiri. Kerana itu di dalam menangani nafsu yang bergelora, sabar itu sangat
perlu. Di samping kita disuruh untuk bermujahadah (berperang) dengan nafsu yang
jahat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh kamu iaitu nafsu yang di antara dua lambungmu." -
(HR Tarmidzi)

Selain daripada itu, sifat taqwa perlu diusahakan dengan menanamkan iman di dalam
diri. Untuk mendapatkan sifat taqwa, kelemahan diri perlu diperbaiki. Bagi mereka yang
berusaha memperbaiki dirinya, hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan
kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada. Sentiasa bersyukur
dengan pemberian Allah.
--