9 Cara Jimat Minyak
Penjimatan bahanapi sering merupakan idea yang bijak dan amat baik. Sedikit ikhtiar mampu membantu mengelakkan pembaziran, memelihara alam sekitar, masa depan yang cerah dan paling berkesan penjimatan wang dan nilai untuk setiap ringgit anda!
Antara tip-tip mudah yang sering terlepas pandang tetapi anda masih mampu mengubahnya!
AWASI HAD LAJU ANDA
Sentiasa menjaga had laju anda. Semakin laju anda memandu, semakin banyak petrol digunakan. Andainya anda memandu melebihi 100km/j penggunaan petrol meningkat sehingga 20%. Pemanduan pada 120km/j pula meningkatkan penggunaan petrol sehingga 25%.
SISTEM KAWALAN KOMPUTER
Penggunaan kawalan kruise dilebuhraya akan menambahkan perkilometeran bagi setiap liter petrol. Kenderaan kini menggunakan sistem kawalan komputer canggih yang mengatur penggunaan petrol mengikut keadaan semasa. Proses ini juga menjimatkan setiap ringgit anda.
ELAKKAN BREK MENGEJUT
Mengekori kenderaan anda dihadapan anda amatlah merbahaya. Brek mengejut menbazirkan petrol. Kajian mendapati kelajuan ideal, menjimatkan ekonomi petrol sehingga 15%-20%. Semasa pemanduan dalam bandar, pembaziran petrol berlaku hampir 50% akibat peningkatan aselerasi kelajuan.
TENANG KETIKA MEMANDU
Bertenang ketika menggunakan pedal minyak dan brek. Tergopoh-gapah membrek dan berhenti secara tergesa-gesa adalah suatu pembaziran tenaga, elakkannya. Matikan enjin jika anda perlu menunggu lama. Jangan bersikap sambil lewa. Kenderaan yang hebat sekalipun akan meningkatkan pembaziran petrol secara mencemar kualiti udara.
KURANGKAN BEBANAN
Keluarkan barangan berat yang tidak diperlukan dari bonet anda. Ekstra 50kg akan meningkatkan ekonomi petrol sehingga 1-2%.
SELENGGARA ENJIN MENGIKUT JADUAL
Sentiasa melakukan talaan enjin. Kajian menunjukkan kurang talaan enjin menyebabkan peningkatan minyak berlaku sehingga 10-20% bergantung kepada kenderaan tersebut. Ikut jadual selenggaraan enjin pada manual. Bahanapi dapat dijimatkan, kenderaan bertahan lebih lama.
KADAR ANGIN TAYAR YANG BETUL
Pastikan taya diisi angin dan jajaran betul. Perhatikan label dikenderaan anda yang menunjukkan tekanan tayar yang betul. Biasanya ia tertera disisi bonet atau kotak glove. Tayar yang kurang angin menyebabkan penggunaan minyak meningkat sehingga 6%. Sentiasa mengikut arahan keselamatan pengilang.
SERVIS IKUT JADUAL
Tukat minyak secara berkala. Minyak yang bersih mengurangkan geseran, mengeluarkan partikel bahaya dari enjin lalu meningkatkan keberkesanan bagi memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan efisien dan prestasi yang baik.
JAGA KEBERSIHAN FILTER
Periksa dan ganti air filter secara kerap. Penggantian air filter meningkatkan ekonomi bahanapi di samping memelihara enjin tersebut. Filter yang tersumbat meningkatkan 10% penggunaan bahanapi.