Memilih rakan sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih rakan
sama ertinya dengan memilih perilaku. Siapapun yang ingin masa depannya
cerah, perilakunya menawan serta luas ilmu dan wawasannya harus pandai
memilih rakan. Tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi
oleh kualiti orang yang menjadi rakannya. Kerana itu ada baiknya sesaorang
dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya.
Manusia tetap manusia, mereka tidak kebal. Terdedah kepada kepayahan dan
dukacita. Terdedah kepada kesakitan dan sengsara. Sehebat mana pun dia,
sebesar mana pun pangkatnya manusia tidak dapat lari dari semua kepayahan-
kepayahan itu. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya.
Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruah-
nya, pada perasaannya.
Kita umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal
yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran. tingkatkan
ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. carilah yang menyenangkan Allah dan
bukan untuk menyenangkan manusia semata. semua orang berharap ganjaran
jannah. yang memang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman
dan bertaqwa kepada Allah.