kedamaian jiwa..


Di dunia ini ada yang memburu kekayaan, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan,
ketenagan dan kedamaian. Semua ini datang dari Allah, namun ia bukan mudah bagi
kita untuk meraihnya kerana ia tersembunyi. kita perlu mencari dan memburu bagi
mendapatkannya. Bukan hanya cukup sekadar berdoa sepanjang masa, tanpa usaha
dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkannya.

Dari timor ke barat dari selatan ke utara mencari kedamaian namun masih belum lagi
ditemui. Scop pencarian luas terbentang melalui cabang-cabang. Ada yang ke luar
negara bagi mencari kedamaian kononnya. Pergi ke Paris, London, Italy atau ke negara
yang terkenal, adakah kedamaian di sana?..ke Holland menikmati indahnya bunga tulip.
Mungkin hati akan berbunga-bunga ketika melihat indahnya. Membeli belah mungkin ada
timbul rasa riak, yang mana mampu membeli barang yang berjenama mahal. Melihat
indahnya tika mentari mulai terbenam, mungkin menyebabkan hati rasa sayu. Berada di
Moari yang indah (New Zealand). Pastikah ada kedamaian di sana, walaupun ada tapi
ia cuma seketika...

Kedamaian yang sebenarnya bukan menyaluti fizikal akan tetapi yang utama dalaman,
kerana kedamaian dari dalaman akan terpancar ke luaran. Sebenarnya kedamaian ada di
depan mata cuma kita tidak mengetahi akan kewujudannya. Kita cuma memerlukan
kuasa dalaman. Apa yang perlu carilah ilmu-ilmu dan teknik bagaimana untuk mendapatkan
supaya mencapai impian. Kemudian amalkan dan praktikan, tanpa ini semua pasti ibarat
tidak sampai mendaki ke puncak gunung.

Lakukan perkara yang merupakan kebaikan, amalan wajib dan sunat dengan rasa rendah
diri, ikhlas dan mengharapkan redha Allah atas segala perbuatan. Berdoa, berzikir dan
istiqomah juga penting kerana daripadanya kuasa dalaman kita akan meningkat. Aura
akan menyerlah, batin akan menjadi kuat, pertahanan diri menjadi kental. emosi juga akan
stabil, mental segar dan boleh berfikir dengan baik dan waras.

Berkawan dan dekati orang-orang yang boleh memimpin ke arah kebenaran, masukkan diri
dalam situasi yang menyenangkan, hindarkan dari berada atau terperangkap dalam situasi
yang akan hanyut dengan keseronokan sementara duniawi ni. Merenung keindahan alam
ciptaan Tuhan, bertafakur akan kebesaranNya. Abadikan dengan jiwa, fikirkan berkaitan
kejadian alam dan manusia dan segala makhluk yang diciptakanNya.

Renungi diri sendiri, apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat, adakah berdisiplin dengan
perkara kebaikkan, adakah keburukan telah dihindari. Jangan terlalu memikirkan salah silap
orang lain, apa yang penting renung diri kita tentang kesilapan dan lakukan post mortem dan
perbaiki kelemahan dan kesilapan. Buang jauh-jauh virus jahat yang sering bertandang.

Tingkatkan prestasi diri lakukan aktiviti yang bermanfaat. Perlu wujudkan persekiraran yang
menyenangkan dan menyamankan. Jaga image dan peribadi kuatkan emosi. Jauhi daripada
gangguan yang akan merosakkan jiwa dengan membaca ayat-ayat al-Quran memahami isi
kandungannya. Insya-Allah dapat menghindari dari gangguan syaitan yang mana sentiasa
membisikan sesuatu yang negatif terhadap kita apatah lagi ketika emosi bergelodak.

Bukan mudah untuk mencari kadamaian jiwa perlu pergorbanan masa dan kesabaran bagi
mencapai apa yang diimpikan. Katakan pada diri, aku boleh lakukan dan mampu untuk
menghadapinya. Dan yang lebih penting sentiasa berdoa pada Allah mengharapkap setiap
detik rahmat dariNya dan keredhaanNya. Juga bawalah keikhlasan walau di mana berada,
Ingatlah tanpa keikhlasan tiada keredhaanNya. Yaaa...betapa indahnya bila kedamaian
bertahta dalam diri dan jiwa kita. Hanya sampai di sini coretan buat kali ini, yang baik dari
Allah swt selebihnya kelemahan diri saya.

p/s harap maaf kiranya ada sebarang kesilapan- ShaDk