bulan rejab..

Rejab membawa maksud bulan yg dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dgn bulan Rejab krn mereka memulia & menghormati bulan ini dgn mengharamkan berperang. Rasulullah SAW mengekalkan nama Rejab & mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Terdpt beberapa lagi peristiwa penting yg berlaku dlm bulan Rejab. Antaranya:
1. Hijrah Pertama ke Habsyah (Ethiopia)
2. Perang Tabuk
3. pembebasan Baitul-Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi
4. lahirnya Imam Asy-Syafi'ie
Insyaallah Matrock akn cuba emelkan secara detail peristiwa2 tersebut utk dikongsi dgn kengkawan.
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan2 Haram di dlm Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pd sisi Allah adalah 12 bln, dlm ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya 4 bulan haram. Itulah agama yg lurus, maka jgnlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg 4 itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta org2 yg bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bhw Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bln2 Haram. Berpuasa dlm bulan Rejab adalah digalakkan ttp tiada satu hadis sahih yg membuktikan bhw berpuasa pd hari2 tertentu dlm bln Rejab akn mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan drpd Saidina Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bln Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kpd kami pd bln Rejab & Sya’ban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Orang2 yg berpuasa pd bln Rejab boleh dikategorikan kpd beberapa kumpulan:
1. Mereka yg memperbanyakkan puasa sunat pd bulan2 Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dlm bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih ttp krn hadis2 yg menganjurkan puasa sunat pd hari Isnin & Khamis. Ini adalah sunnah.
3. Mereka yg berpuasa sunat dlm keseluruhan bulan Rejab krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih. Ini BUKAN sunnah.
4. Mereka yg berpuasa secara berterusan drpd bulan Rejab, Syaban, Ramadhan & 6 hari bulan Syawal. Mereka x berhenti kecuali pd 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
5. Mereka yg melarang apa2 bentuk puasa sunat dlm bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dlm bulan Rejab sebagaimana yg disebut dlm kategori pertama & ke-2 di atas. Yg dilarang ialah puasa sunat krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih.
6. Mereka yg mengqadha puasa Ramadhan yg lepas dlm bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama utk mengqadha dlm bulan Rejab krn fadhilatnya yg bersumber dari hadis yg x sahih.
Menurut Al-Iman Ibnu Jauzi, hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku" adalah hadis maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)..