Cara Yang Tepat Menyambut Hari Raya

 
Dalil Hari Raya
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا ، فَقَالَ : ” مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ ؟ ” قَالُوا : كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى ، وَيَوْمَ الْفِطْرِ “
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul Adha dan Aidil Fitri.” [Sunan Abu Daud : 961]
Perkara-Perkara Sunnah
1) Solat raya
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ” ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : ” لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “
Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?”
Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim : 1481]
Solat Raya merupakan solat yang sangat penting, ulama berbeza pendapat sama ada ia hanya sunat atau pun wajib.
Hadis di atas menunjukkan satu kesilapan besar masyarakat Melayu yang mana ramai kaum perempuan sibuk di rumah menyediakan hidangan pagi raya dan mengemas rumah.
Untuk mengetahui tatacara solat hari raya boleh baca di sini
2) Mandi Hari Raya
عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “
Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’ : 426]
3) Makan Sebelum Pergi Solat Raya
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ “
‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari : 906]
4) Berjalan Kaki Ke Masjid
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : ” مِنَ السُّنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ “
‘Ali bin Abu Talib radiallahu ‘anhu berkata: Adalah sunnah untuk keluar pada hari raya dengan berjalan kaki dan makan sesuatu sebelum keluar (menunaikan solat raya) [Sunan at-Tirmizi : 487, hadis hasan]
5) Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza
عَنْ جَابِرِ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ “
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari : 939]
6) Mandi Sebelum Solat Raya
عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ : ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ “
Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’ bahawa Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada pagi hari raya sebelum bertolak keluar (ke tempat solat hari raya). [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 13]
7) Memakai Wangi-Wangian (Lelaki sahaja)
ثنا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى ، ثنا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ ، حَدَّثَنِي مُوسَى وَهُوَ ابْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ : ” كَانَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ “
Nafi’ meriwayatkan bahawa Ibn Umar radiallahu ‘anhu akan mandi dan memakai wangian pada hari raya [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 16]
Wanita diharamkan memakai wangi-wangian apabila baunya dapat dibau oleh lelaki bukan mahram. Penjelasan terperinci baca di sinihttp://soaljawab.wordpress.com/2007/06/15/huraian-hukum-wanita-pakai-perfume/
8) Memakai pakaian yang cantik
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ : أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ فَأَخَذَهَا ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالْوُفُودِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الْجُبَّةِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ ” .
‘Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Umar radiallahu ‘anhu mengambil sebuah jubah sutera yang dijual di pasar. Beliau membawa pakaian itu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Umar radiallahu ‘anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Saallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat sebarang bahagian (di akhirat). Selepas sekian lama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menghantar sehelai jubah sutera kepada ‘Umar. Beliau terus membawa jubah itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata: Ya Rasulullah ! Sesungguhnya engkau pernah menyatakan bahawa ini merupakan pakaian buat manusia yang tidak mendapat sedikit bahagian pun di akhirat, tetapi kenapa engkau hantar jubah ini kepada aku?
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Engkau boleh menjualnya, atau memenuhu keperluan engkau dengannya. [Sahih al-Bukhari : 902]
9) Bertakbir
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنِ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ : ” أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى ، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلَاةَ ، فَإِذَا قَضَى الصَّلَاةَ قَطَعَ التَّكْبِيرَ “
Zuhri meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam keluar pada hari raya aidilfitri, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam akan bertakbir hinggalah tiba di musolla (tanah lapang tempat mendirikan solat raya), dan sehinggalah baginda sallallahu ‘alaihi wassalam mendirikan solat raya. Selesai sahaja solat raya, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam tidak lagi bertakbir. [Musannah Ibn Abi Syaibah : 5479]
Takbir hari raya aidilfitri sunat dibaca daripada malam raya sehinggalah sebelum solat raya.
Untuk penjelasan lanjut, boleh baca di sini:
10) Apa-apa sahaja perbuatan yang menggembirakan adalah digalakkan selagi mana tidak bertentangan dengan syara’ J
Kesilapan-kesilapan hari raya yang sering berlaku:
1) Pergaulan bebas dengan bukan mahram contohnya bersalam-salaman dengan sepupu dan sebagainya.
2) Pakaian yang tidak menutup aurat
3) Menjadikan hari raya sebagai hari kesedihan contohnya dengan menjadikan menziarahi kubur sebagai satu amalam kebiasaan di hari raya
4) Mengabaikan solat jemaah bagi lelaki.
5) Bermain mercun sehingga mengganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri.
6) Perempuan tidak pergi solat raya kerana sibuk menyediakan hidangan dan mengemas rumah.