1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Dulu dan sekarang
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang
A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb
A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba didepan majlis ini.
B) Kurang ajar sungguh awak nie
C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh?babir punyer budak!
A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
B) Cinta aku belum lagi berbalas...ber ilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
C) Beb....wa takmu jiwa-jiwa sama lu...tapi wa suah cintan rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan nanti wa terDugong..pls e ahhhhh.
A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser!Yeaaahhooooooo oooooooooo!!!!!!
A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.
A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takde.... jgn memain dgn aku hah.
A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri.
B) Dia sungguh hebat sekali
C) Mak kao! Pawer siol!
A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
C) Oi! Wat you talking?...say poply hah...
Bahasa mencerminkan bangsa

Subscribe to:
Posts (Atom)