lelaki handsome vs tak handsome

• kalau lelaki handsome itu pendiam, perempuan akan cakap: woow, cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam, perempuan akan cakap: eh, perasan bagus...



• kalau lelaki handsome berbuat jahat, perempuan akan kata: nobody's perfect.

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: memang...muka pun macam pecah rumah!



kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap: wah..machonya..macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: entah-entah kawan dia..



kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tu!



kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,perempuan akan kata: jangan sedih,kan saya ada.

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata...(terdiam,tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).

Kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang.

Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..

Kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam.

Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar,perempuan akn cakap: pasti takut kalau-kalu gambarnya tersebar.

Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?..

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen.

Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan akn cakap: naluri pembantu, memang begitu...

Kalau lelaki handsome bersedih hati,perempuan akan kata: kuat nangis! Lelaki ke bukan ni?..

oh nenek tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata

"Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :

"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."





http://akupahitmanis.blogspot.com/

Kalau Sampai Ipoh..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun

menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.



Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia

bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..

bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Johan takda telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.



Suatu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang di senarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.



Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.



"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".



"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.



Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.



Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.



"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".





"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.



Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.



Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.



"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"



"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.



Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.



"Bagaimana awak tahu?" tanya Johan lagi.



Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?".



Johan pun tensen... Last-last tak jadi ambik pekerja baru.

kapten power....

Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.



"Ini Kapten Kamal berbicara".



"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia".



"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".



"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahawa kedua mesin sedang terbakar"



"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut"



"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"



"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, bersama co-pilot dan seorang pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya...."

--------------

MORAL: Jadilah manusia yang bertanggungjawab.

SURAT KEPADA ABANG

Dear abang,



Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?



Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?



Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah



Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..



Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..



Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.



Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak



Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??



Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR



Love,



ayang



P/S: SAYANG KERETA PUN BERPADA2..HUHU

Si Gadis Melampau Menerima Azab Allah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.



Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.



Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.



“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”



Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.



“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.



Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri…. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.



Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.



Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.



http://akupahitmanis.blogspot.com/

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”

(al-Bukhari)



Huraian:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.

Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Apa itu Cantik?

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.



Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.



Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.



Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.



Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?



Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.



Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.



Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.



Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.



Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt.

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,



“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”



“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”



Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”



Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”



Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”



disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”



Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”



Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”



Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”



Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”



Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”



“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”



Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”



“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”



Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:



“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”a279;



http://akupahitmanis.blogspot.com/

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak

Orang yang relax, disangka malas

Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak, disangka pelahap

Orang makan sikit, disangka kedekut





Orang baik, disangka buruk

Orang buruk, disangka baik

Orang senyum, disangka mengejek

Orang masam, disangka merajuk

Orang bermuzakarah, disangka mengumpat



Orang diam, disangka sombong

Orang menawan, disangka pakai susuk

Orang nampak ceria, disangka berlakon saja



mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?

mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?

mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?

mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?

mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?



Jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah

seperti musnah nya kayu dimakan api.



Satu benda yang kita lihat,

macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

Apabila memandang keluar tingkap,

Ada orang melihat pokok,

Ada orang melihat awan,

Ada orang melihat jalan,

Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,

Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.



Kesimpulannya,

semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.

Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.



Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.

Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

OPTIMUMKAN SIMPANAN ANDA

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan

KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.



Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...



2005 - 5.0%

2006 - 5.15%

2007 - 5.8%

2008 - 4.5%



Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:



Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk

tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda

menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.



"Akaun 1 KWSP"



Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran

amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir

satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.

Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan

seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).



Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),

maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah,

boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada

pasaran bon.



"Akaun 2 KWSP"



Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki

pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar

7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.



Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan

akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang

perlu ditanggung secara keseluruhan.



Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun

dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.



Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya

anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang

yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.



Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara

fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN

7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar

dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada

menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan

simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.





Harap tips ini dapat menolong anda ;)

Lelaki sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?

Ibuku menjawab, Nak...



Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang

kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang

disekitarnya....



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang

lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan

kebenaran.....



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah

sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap

bersahabatnya pada generasi muda bangsa...



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia

di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia

dihormati didalam rumah...



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya

pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami

persoalan...



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang

bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya

wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap

wanita yang dicintainya...



Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab

yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi

lika-liku kehidupan...



Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya

membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia

menjalankan apa yang ia baca...



artikel dari:

http://fajridil.blogspot.com/2008/12/lelaki-sejati.html

keburukan melakukan maksiat

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya. Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:



1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.



2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran.



Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).

Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.



3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."



4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita.



Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.



5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.



6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.



7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya.



Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia daripada generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.



8. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.



9. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

pantun membina .

Dalam seminggu tujuh hari,

Berbagai nikmat telah diberi,

Cubalah lihat, renung dan kaji,

Agar faham dan tahu mensyukuri.



Hari Ahad yang kita cuti,

Hari dicipta bintang dan bumi,

Tujuh lautan dan tujuh api,

Tujuh neraka yang telah pasti.



Hari Isnin juga diseri,

Lahir Rasulullah penghulu Nabi,

Hari Jibrail turun menemui,

Membawa wahyu Rabbul Izzati.



Betapa pula di hari Selasa,

Wafatnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya,

Meninggal Habil Putera Adam a.s tercinta,

Juga Asiah isteri Firaun durjana.



Hari Rabu Hari Kehancuran,

Qarun, Fir’aun dan Namrud bin Kan’an,

Kaum Hud, kaum Saleh a.s dan sekelian,

Sebagai tanda murkanya Tuhan.



Hari Khamis ramai yang berhijrah,

Masuk Rasulullah ke kota Mekah,

Nabi Ya’kub a.s juga Musa nabi Allah,

Datang ke Mesir menyambung dakwah.



Hari Jumaat pernikahan Adam dan Hawa,

Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha,

Sayyidina Ali dengan Fatimah wanita mulia,

Juga nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis yang kaya.



Hari Sabtu berlakunya tipu daya,

Kaum Nuh kepada nabinya,

Tipu daya Fir’aun kepada Musa,

Juga Yahudi kepada Isa,

Mungkin peringatan kepada kita,

Agar lebih waspada urusan dunia.

Kalau Jahil, ni lah yg mungkin terjadi...

Sepasang suami isteri pergi ke bank untuk membuka akaun.dan, banyak la borang yang perlu diisi..Si suami melihat ruang2 yang perlu diisi sambil berfikir..



Name:

(erm.Name=Nama...agaknya org Perak yg buat borang ni..)



Address:

(ohh..yang ni alamat.slalu tengook bende ni..)



Sex:

(Eh, apehei benda dalam kelambu pun nak ditanya ni??)



Maka si suami bertanya pada isterinya..



"Maknye, ni Sex ni nk isi apa?"



si isteri pun menjawab..

"tulis ajele skali skale.tu pun susah.."