Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Alasan
Korang pernah tak pikirkan aper alasan nak diberikan biler nak cover up sesuatu situasi? Berikut aderlah contoh contoh alasan yg boleh korang try...... 1. Korang dtg lambat ke pejabat dan supervisor bertanyer kenaper lambat? Korang jawab.. (a)Sorry encik, saya punyer jamban tetiber meletop, so terpakser pinjam jamban jiran (b)Saya ingat encik cuti...tu pasal lah saya lambat (c)Maaf encik, saya ternaik kretapi KTM instead of kretapi SMRT (d)Oh lambat ye? tah eh...tak prasan plak, (lepas tu dudok buat kerjer jgn toleh2) 2. Korang malas nak kejer so pi jumper dokter nak mintak MC, korang cakap.... (a)Uhuk Uhuk Uhuk Uhuk arghhhh..arghhhh (sambil jari tunjuk kat tinger) (b)Dokter, semlm saya termakan kucing saya, sekarang nie diarhoea ah (c)Semalam saya takbleh tido pasal tertengok Euro2000, sekarang nie macam nak terMC, bleh terkasi? (d)Dokter idong saya bleh dengar...saya saket kan dokter? 3. Anda terkentot kuat, bau dia sampai kat tekak, sumer org tengok anda, anda pun..... (a) Bangun dari tempat duduk dan eksen kener fits, mulot kasi kuar buih siket, nampak realistik (b)Dgn pantas menoleh ke org yg duduk sebelah anda sambil menutop idong, kalao bleh try muntah (c)Anda senyum lalu berkater"Ye sedare demikianlah tadi demonstrasi saya yg terunggul, diharap anda telahpun terhibur dgn demonstarsi tersebut..terimakasih" (d)Buat muker sarden 4. Anda ditahan polis trefik keraner memandu terlalu laju, utk menyelamatkan diri dari disaman anda cakap..... (a) Saya nyer tapak kaki nie tetiber je cramp, jadik saya takleh naik kan pedal accelerator tu (b) Maaf encik, saya ingat encik kejar saya pasal saya pandu takder lesen, sebabtu lah saya pecut, ruper rupernyer pasal saya speeding eh? (c) Ok ok i speeding u catch lah...but u speeding to catch me who will catch you?? (d) Alamak sori ah ader urgent ah..nak terberak nie...dah kat ujung...anytime je nie 5. Anda makan mlm dgn seorang wanita yg baru dikenali, time nak baya anda baru prasan yg anda takder duit...anda pon cakap pader dia.... (a)"Eh?...alamak!.....maner pegi beg duit i?....shit!.." pastu buat muker penik, but make sure jgn tunjuk wallet yg terselet kat poket tu. (b)"I nie bukan aper...i nie baru teringat tadi i dah dermerkan duit i kat budak kutip derma tu, sian tengok muker dia, tak sampai hati i tengok org susah macam tu, u bleh bayakan dulu? besok i ganti...pomis" (c)"Hey! c'mone..u nie cute ahh...nak bergurao dgn i ye? cepatlah pulangkan beg duit i...i nak baya nie" (d)Jgn cakap aper aper...angkat kaki teros lari, jgn toleh belakang lagik. 6.Kawan anda tetiber dtg nak pinjam duit...anda memang takmu kasi pinjam..anda cakap.... (a) " Aku tengah kumpul duit buat naik haji tahun depan ah" (b) " Alerrrrrrr....aku baru nak pinjam duit dari kao" (c)" Maaf..hari nie mesen cap duit aku rosak ah" kalao dia tanyer biler tak rosak? Anda jawab "Biler kao taknak pinjam duit baru dia tak rosak" (d) " Siaper kao?" |
angry bird
Message body
Salam,
--
Sekarang ni angry bird menjadi kesukaan kanak-kanak, dari alat tulis,
baju, anak patung dan banyak lagi barangan lain . Pernah saya ke rumah
rakan, anak saudara beliau yang berumur 2 tahun lebih tapi cekap bermain
game angry bird. Kanak-kanak ni menyuruh saya bermain, tapi saya tewas
dan kagum melihat kanak-kanak sekecil ini cepat bertindak dan mengawal
minda dan gerak tangan yang pantas...
On 9 November 2011 11:31, Tok Cepai <cepaiderman@yahoo.com.my> wrote:
Angry Birds Trilogy (2011/Eng/PC) - Full Activate
PC Game | Developer/Publisher: Rovio Mobile | 115 MB
Genre: Arcade
Angry Birds - Rio
http://hotfile.com/d...f7/ab1.rar.html
Angry Birds - Season
http://hotfile.com/d...36/ab2.rar.html
Angry Birds
http://hotfile.com/d...ab/ab3.rar.html
Angry Birds Triliogy (Ada 3 Games sekali gus..)
http://hotfile.com/d...iliogy.rar.html
Password : mygames
kehidupan ini...
Memilih rakan sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih rakan
sama ertinya dengan memilih perilaku. Siapapun yang ingin masa depannya
cerah, perilakunya menawan serta luas ilmu dan wawasannya harus pandai
memilih rakan. Tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi
oleh kualiti orang yang menjadi rakannya. Kerana itu ada baiknya sesaorang
dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya.
Manusia tetap manusia, mereka tidak kebal. Terdedah kepada kepayahan dan
dukacita. Terdedah kepada kesakitan dan sengsara. Sehebat mana pun dia,
sebesar mana pun pangkatnya manusia tidak dapat lari dari semua kepayahan-
kepayahan itu. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya.
Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruah-
nya, pada perasaannya.
Kita umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal
yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran. tingkatkan
ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. carilah yang menyenangkan Allah dan
bukan untuk menyenangkan manusia semata. semua orang berharap ganjaran
jannah. yang memang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman
dan bertaqwa kepada Allah.
Rezeki Kita Di Tangan Siapa?
Rezeki... betapa kita semua selalu disibukkan samada secara fikiran, masa dan tenaga utk mencari rezeki... malah terkadang kita mengabaikan dan meninggalkan byk perkara penting demi mencari rezeki. misalnya tanpa sedar kita krg memberi perhatian kpd keluarga. malahan byk antara kita yg tertinggal solat semata2 kerana kesibukan mencari rezeki... inilah dunia dgn segala mcm perhiasannya yg menghanyutkan. Kalaulah kita melihat keadaan apa adanya, sesungguhnya rezeki adalah di tangan Allah. Dialah Ar-Rozzaq, yang Maha memberi rezeki. Dialah sumber rezeki... dari tgn siapapun kita dpt rezeki, itu hanyalah saluran-saluran untuk Allah mengalirkan rezeki kepada kita... dan saluran-saluran inilah hijab yg menghalang kita utk melihat Allah sebagai sang pemberi rezeki yg mutlak... dan dgn itu kita terseksa. terseksa kerana kita terus mengharap rezeki daripada saluran-saluran ini. kita takut rezeki kita terputus atau terganggu dari saluran-saluran ini... Apa saluran-saluran itu? Contohnya paling dekat Boss kita... kita takut melanggar setiap arahan Boss, nanti kurang gaji. kita kena siapkan kerja secepat mungkin sampai lupa utk solat, sebab takut bos marah dan gaji kena potong ... Alangkah siksanya jiwa kita kerana tidak melihat apa adanya. kita lebih takut kepada makhluk daripada Sang pencipta yg Maha Kuasa... Jika dah tertulis setakat itu rezeki untuk kita…maka bersyukurlah. Jangan disesali kalau rezeki kita tak sebagus rezeki orang lain. Surah Al-Ankabut ayat 60 "Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Inilah kebenaran... inilah hakikatnya... jadi, kunci pertama utk kita mendapat limpahan rezeki adalah dgn YAKIN... YAKIN bahawa di tangan Allah rezeki kita. yg lain cuma penyalur, bukan sumber... dan YAKIN ini harus disuburkan saban waktu, biar menjadi HAQQUL YAQIN... keyakinan yg sebenar-benarnya, tanpa ada sedikitpun keraguan... inilah konsep yg dicungkil dalam LOA, Law Of Attraction, yg dulunya dikenali sbg LOF, Law Of Faith... yg sebenarnya adalah konsep yg plg dasar dlm kerohanian Islam... iaitu IMAN... YAKIN Nota kaki ;Berpesan-pesan utk diri sendiri............ http://hakaluka.blogspot.com/2011/11/rezeki-kita-di-tangan-siapa.html |
6 cara untuk kuatkan iman dengan Hari Akhirat
1. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk beri'tikaf dan muhasabah diri.
Setiap hari kita sibuk berurusan dengan manusia hingga kita terlupa untuk menghitung bekalan amalan yang ada pada diri kita untuk dibawa ke akhirat kelak. Untuk itu, cuba ambil 10-20 minit setiap hari sebelum atau selepas solat berjemaah di masjid, niatkan i'tikaf dan muhasabah apa yang telah dan akan dilakukan pada hari tersebut. Lahirkan syukur dengan amalan yang telah dilakukan dengan meneruskan amalan dan menambah amalan-amalan lain, juga lahirkan rasa gerun dengan dosa-dosa yang telah dilakukan dengan berhenti berbuat dan beristighfar.
2. Hadiri majlis pengebumian.
Jika terdengar akan berita kematian, hadiri majlis tersebut. Ambil pengajaran dari majlis yang sedemikian. Lihat sendiri apakah gunanya pangkat dan harta apabila kematian menjelma. Lihat apakah kesan interaksi kita dengan masyarakat pada hari tersebut. Jika kita seorang yang baik dengan Allah Subhanahu wa Taala dan masyarakat, bagaimana majlis pengebumian kita dan jika sebaliknya, bagaimana pula?
3. Lazimkan diri menziarahi kubur.
Dengan menziarahi kubur, fikiran kita akan melayang-layang membayangkan apakah balasan yang dikenakan terhadap penghuninya. Adakah ia salah satu taman dari taman-taman syurga? Atau ia salah satu lubang dari lubang-lubang neraka? Bagaimana pula dengan nasib kita?
4. Melibatkan diri dalam urusan memandikan jenazah.
Lihat bagaimana mayat dimandikan. Tubuh terkujur tidak bergerak dan dibolak-balikkan sesuka hati oleh tukang mandi. Walau sehebat manapun kedudukan dia di muka bumi, apabila nyawa sudah berpisah dengan badan, maka tiada lagi kemegahan. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh yang tak mampu lagi bersuara; menyuruh apa yang dikehendaki, melarang apa yang dibenci. Pada saat itu, di manakah kita?
5. Ambil pengajaran dari klip video yang menggerunkan.
Saksikan video-video bencana alam yang menggerunkan. Perhatikan bagaimanakah kekuasaan Allah Subhanahu wa Taala yang mampu untuk menenggelamkan sebuah bandar dalam masa yang sekejap. Menghancurkan sebuah pekan dengan hanya menghantar angin. Tsunami, gempa bumi, ribut taufan -- itu semua tanda kekuasaan dan kebesaran Allah subhanahu wa taala. Maka ketika itu sanggupkah kita mengingkari perintahNya?
6. Berinteraksi dengan alam.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberikan contoh yang jelas bagaimana Baginda berinteraksi dengan alam. Baginda mengajarkan kita doa-doa yang dibaca ketika hujan, ribut, guruh, petir, gempa bumi dan lain-lain. Para sahabat bergegas ke masjid apabila berlaku bencana alam bimbang pada hari itu berlakunya Hari Kiamat. Kita?

Mandul...
Seorang gadis cantik menaiki teksi Pak Mat di hadapan Bkt Bintang. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam teksi Pak Mat. Lantas Pak Mat menghantarnya ke hospital. Pak Mat sedikit STRESS kerna risaukan keadaan penumpangnya dan terpaksa menunggu lama di hospital. Doktor yg merawat gadis tersebut mengatakan gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat yg bakal bergelar bapa. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah kepada bayi itu tapi gadis tersebut beriya mengakui bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi dikandungnya. Pak Mat bertambah STRESS! Pak Mat meminta ujian DNA diadakan untuk membuktikan dirinya bukan ayah kepada bayi itu atau sebaliknya. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian. Menunggu hasil ujian membuatkan Pak Mat semakin STRESS!! Setelah mendapat keputusan ujian, doktor mengesahkan Pak Mat MANDUL sejak dari lahir. Lega bukan kepalang Pak Mat dengan keputusan ujian tersebut. Kemudian Pak Mat pun dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, Pak Mat memikirkan 3 orang anaknya hasil hidup bersama Mak Minah. Sekarang Pak Mat benar-benar STRESS!! |
Apakah perkara yang TERPANTAS di dunia?
~ Pengkaji cuaca : "Angin taufan atau tornado."
~ Doktor : "Panahan Sesuatu."
~ Jurutera: "Peluru."
~ Saintis : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."
TETAPI..
~ Petani menjawab: "SEMBAHYANG..ia sampai kepada Allah walaupun SEBELUM kamu berkata.."
http://hakaluka.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)