rasulullah..saw..

Bagaimana Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan kanak-kanak?
Tulisan kali ini, Al Kahfi akan berkongsi dengan pembaca semua hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Sumber:http://imgfave.com/search/islam%20love%20baby%20muslim%20allahu%20akba
1) Rasulullah s.a.w dan anak lelakinya Ibrahim r.a ;
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَال : ” دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام
Anas bin Malik r.a berkata:
“Kami bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al Qayyinn yang (isterinya) telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah s.a.w)
فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ،
Lalu Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya.
ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ ,
Kemudian setelah itu pada waktu yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah s.a.w berlinangan air mata.
فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ,
Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda s.a.w : “Engkau menangis wahai Rasulullah?”
فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى ،
Baginda s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat (lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan tangisan.
فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
Kemudian baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata telah mencucurkan air mata, hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan menyebut apa-apa kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami.
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ “
Kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”. [Sahih al-Bukhari : 1227]
2) Rasulullah s.a.w dan cucunya, Hasan dan Husain r.a ;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ : الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ ،
Syaddad r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar untuk (solat jemaah) bersama kami pada salah satu solat di waktu petang, (tidak pasti) Zuhur atau Asar.
وَهُوَ حَامِلٌ الْحَسَنَ أَوْ الْحُسَيْنَ ، ،
Baginda s.a.w sedang mendukung (cucunya) iaitu Hasan atau Hussain r.a.
فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ
Baginda s.a.w bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam) dan meletakkan cucunya.
ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلَاةِ ، فَصَلَّى ،
Kemudian baginda s.a.w mengangkat takbir untuk solat, lalu mendirikan solat.
فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا
Baginda s.a.w sujud di tengah-tengah solatnya dengan sujud yang sangat panjang.
فَقَالَ : إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي ، فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ ،
Syaddad r.a berkata : Aku pun mengangkat kepala aku, dan aku melihat kanak-kanak tadi berada di atas belakang Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w sedang sujud.
فَرَجَعْتُ فِي سُجُودِي ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ ،
Aku pun kembali sujud. Apabila Rasulullah s.a.w selesai mendirikan solat,
قَالَ النَّاسُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِكَ هَذِهِ سَجْدَةً قَدْ أَطَلْتَهَا ، ,
para jemaah bertanya : Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah sujud di tengah-tengah solat mu dengan sujud yang panjang.
فَظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ ، أَوْ أَنَّهُ قَدْ يُوحَى إِلَيْكَ
Kami menyangka sesuatu telah berlaku, atau wahyu telah dihantar kepada engkau.
قَالَ : ” فَكُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ ، وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ ” .
Rasulullah s.a.w menjawab : Semua itu tidak berlaku. Sebaliknya cucu aku ini sedang menunggang ku. Aku tidak suka untuk segera (bangkit) sehingga dia telah selesai menunaikan hajatnya. [Musnad Ahmad : 15704]
Dalam peristiwa yang lain :
: ” قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا ،
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Hussain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.
فَقَالَ الْأَقْرَعُ : إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ،
Al-Aqra’ r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka.
فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ :
Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda:
” مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ “
Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]
Kecintaan Nabi s.a.w kepada cucunya semakin jelas dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُوقٍ مِنْ أَسْوَاقِ الْمَدِينَةِ فَانْصَرَفَ فَانْصَرَفْتُ ،
Abu Hurairah berkata : Aku bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di pasar Madinah. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, aku pun beredar.
فَقَالَ : ” أَيْنَ لُكَعُ ثَلَاثًا ، ادْعُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ ” ، فَقَامَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ يَمْشِي وَفِي عُنُقِهِ السِّخَابُ ،
Nabi s.a.w bersabda : Di manakah si kecil (iaitu Hasan r.a) ? Sebanyak tiga kali. Al-Hasan r.a pun bangun dan berjalan, di lehernya terdapat kalung,
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بِيَدِهِ هَكَذَا ، فَقَالَ الْحَسَنُ : بِيَدِهِ هَكَذَا فَالْتَزَمَهُ ،
Nabi s.a.w pun membuka tangannya, dan Al-Hasan pun melakukan hal yang sama, Rasulullah s.a.w mendekati Al-Hasan
فَقَالَ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ وَأَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ ” ،
Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, cintailah dia, dan cintailah orang yang mencintainya.
وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ، فَمَا كَانَ أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ، بَعْدَ مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ .
Abu Hurairah r.a berkata : Tiada siapa yang lebih dicintai ku daripada Al-Hasan bin ‘Ali r.a selepas apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tersebut. [Sahih al-Bukhari : 5463]
3) Rasulullah s.a.w dan anak sulung Abu Musa r.a ;
عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : ” وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Abu Musa al-Asyaari r.a berkata : Aku memperolehi seorang anak lelaki, lalu aku terus pergi menemui Rasulullah s.a.w
فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ،
Rasulullah s.a.w menamakannya Ibrahim, mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya.
وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى “
Kemudian baginda s.a.w menyerahkannya kepada aku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa [Sahih al-Bukhari : 5759]
4) Rasulullah s.a.w dan Abu Umair r.a
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ،
Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling bagus akhlaknya.
وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ،
Aku mempunyai seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru sahaja tamat tempoh menyusu.
وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ ،
Apabila baginda s.a.w datang, baginda s.a.w akan bertanya : Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu burung kecil yang sering dia main dengannya.
فَرُبَّمَا حَضَرَ الصَّلَاةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا
Apabila masuknya waktu solat dan ketika itu baginda s.a.w berada di rumah kami,
، فَيَأْمُرُ بِالْبِسَاطِ الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ ،
Baginda s.a.w akan menyuruh agar tikar yang ada dibawahnya di sapu dan dipercikkan air,
ثُمَّ يَقُومُ وَنَقُومُ خَلْفَهُ ، فَيُصَلِّي بِنَا “
Kemudian baginda s.a.w akan berdiri, dan kami akan berdiri di belakangnya. Kemudian baginda s.a.w akan mendirikan solat bersama kami. [Sahih al-Bukhari : 5764]
5) Rasulullah s.a.w dan Umamah r.a
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ ، يَقُولُ :
‘Amru bin Sulaim ar-Ruzaqi mendengar Abu Qatadah r.a berkata:
” بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَمْ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Ketika kami sedang duduk-duduk di masjid, Rasulullah s.a.w keluar menemui kami sambil mendukung Umamah binti Abi Al-As bin Ar-Rabi’, ibunya ialah Zainab binti Rasulullah s.a.w.
وَهِيَ صَبِيَّةٌ ،
Ketika itu Umamah masih bayi.
يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ
Baginda s.a.w mendukungnya di atas bahu baginda s.a.w, Rasulullah s.a.w pun solat dalam keadaan Umamah r.a berada di atas bahunya.
يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ ،
Baginda s.a.w akan meletakkannya (di bawah) apabila baginda s.a.w ruku’, dan mengembalikan dia (di atas bahu baginda s.a.w) apabila baginda s.a.w berdiri
حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا “
Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian rupa sehinggalah baginda s.a.w menyelesaikan solatnya.
[As-Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi : 558]
Rasulullah s.a.w mendahulukan kanak-kanak daripada orang dewasa
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ،
Sahl bin Sa’ad r.a meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada seorang budak lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua.
فَقَالَ لِلْغُلَامِ : أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ،
Rasulullah s.a.w bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk memberikan minuman ini kepada mereka?
فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا ، وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا “
Budak lelaki itu pun menjawab : Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan orang lain ke atas diri ku untuk apa-apa yang datang daripada mu.
فَتَلَّهُ فِي يَدِهِ
Maka Rasulullah s.a.w pun meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut. [Sahih al-Bukhari : 2428]
____________________________
Ringkasan daripada مواقف نبوية مع الأطفال, http://www.islamweb.net/mohammad/index.php?group=articles&lang=A&id=174047
Rujukan teks hadis dan terjemahan:
Comprehensive Hadith Database with interactive Chain, http://qaalarasulallah.com/
The Hadith of the Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم) at your fingertips, http://sunnah.com/

``````````````````````

adab bersembang..

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi". Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah

adab ziarah

Pernah suatu ketika, Nabi SAW mengunjungi rumah seorang sahabat bernama Sa'ad bin Ubadah. Setibanya di muka pintu Baginda mengucapkan salam. Sa'ad menjawab salam Baginda dari dalam tetapi dengan suara yang perlahan. Nabi tidak mendengarnya lalu memberi salam lagi sehingga tiga kali.
Apabila mendapati salamnya tidak berbalas, Baginda berpaling untuk beredar. Sa'ad segera keluar mendapatkan Baginda. Katanya,
"Wahai Rasululullah, demi Allah aku telah mendengar dan menjawab salammu. Cumanya aku menjawab dengan suara yang perlahan. Aku mahu kamu mengulangi ucapan salam sejahtera itu agar bertambah keberkatannya untukku."
Lihatlah adab Nabi SAW bersama para Sahabat. Baginda mengunjungi rumah para Sahabat, mengetuk pintu, memberikan salam, menunggu dan beredar apabila salam tidak dijawab. Walaupun begitu tinggi kedudukan Baginda di sisi Allah, namun tidak dirasakan dirinya istimewa berbanding manusia yang lain.
Fiman Allah SWT yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.".
(Surah an-Nur ayat 27)
Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyebut bahawa menjadi satu budaya bagi masyarakat Arab Jahiliah apabila mengunjungi rumah seseorang, mereka akan terus masuk ke rumah dan berkata, "Aku telah datang!" Suasana ini kurang disenangi kerana ia boleh memalukan tuan rumah atau tuan rumah mungkin bersama keluarga dan tidak bersedia untuk menerima kehadiran tetamu.

Oleh itu antara adab yang dianjurkan ketika kita berziarah ialah:
1. Mengetuk pintu rumah tiga kali dengan sederhana. Boleh ditambah sekiranya yakin bahawa tuan rumah tidak mendengar ketukan tadi.
Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Riwayat Abu Daud)
Para Sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW. Mereka akan menggunakan hujung kuku mereka kerana menjaga adab dengan Nabi.
2. Menyatakan nama sebenar.
Nabi sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya ketika mengetuk pintu. Begitu juga orang yang memperkenalkan dirinya dengan 'aku'. Jabir r.a. pernah datang ke rumah Nabi SAW untuk menjelaskan hutang ayahnya. Dia mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, "Siapa kamu?" Katanya, "aku." Kata Nabi, "aku! aku!" Seolah-olah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
3. Tidak berada di muka pintu.
Hendaklah berada di sebelah kiri atau kanan pintu. Tujuannya apabila pintu dibuka, kita tidak akan terus melihat ke dalam ruang rumah yang terbuka sehingga ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
4. Memberi isyarat ketika memasuki rumah sendiri.
Ini adalah amalan para Sahabat seperti Abdullah ibnu Mas'ud. Isterinya mengatakan bahawa jikalau Ibnu Mas'ud ingin masuk ke rumah, beliau akan berhenti di depan pintu dan berdehem-dehem sebelum masuk.
5. Tidak sedih jika kunjungan tidak diterima.
Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka. Boleh jadi tuan rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna.
Hayati kata-kata seorang Tabiin iaitu Qatadah bin Di'amah as-Sadusi, "Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan. Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama."
Apabila tidak diterima sebagai tetamu, contohilah akhlak ulama sufi. Ada sesetengah ulama sufi gembira dan berharap agar mereka disuruh pulang. Mereka beramal dengan sepotong ayat al-Quran dalam yang bermaksud,
"Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang".
(Surah an-Nur ayat 28)
Sebenarnya mereka adalah pencinta kebaikan dan mereka mencari-cari pahala kesabaran dan keikhlasan di sebalik kalimah 'terlebih baik' itu.

keyakinan diri untuk temuduga..

Kita telah diajar dan sering diingatkan agar menunjukkan keyakinan, kebolehan dan keterampilan diri yang terbaik ketika menghadiri temu duga.
Walau bagaimanapun, penemu duga sering mengadu bahawa si pemburu kerja sering terbabas daripada segi menunjukkan keyakinan diri menjadi sifat berlagak.
Akibatnya, si pemburu kerja terlepas peluang menjawat jawatan yang diidamkan.
Sifat berlagak ini akan mendatangkan kesan negatif atas kemampuan anda untuk bekerja dalam pasukan dan apabila anda bersama dengan orang bawahan. Sifat berlagak juga akan mengakibatkan anda menjadi kurang peka terhadap kehendak pelanggan, jika anda bekerja dalam sektor khidmat pelanggan.
Berikut ialah LIMA TIPS yang boleh anda amalkan untuk memastikan bahawa keyakinan diri anda tidak terbabas menjadi sifat berlagak.
1. SENTIASA BABITKAN AHLI PASUKAN ANDA KETIKA BERCAKAP TENTANG SESUATU PROJEK
Jangan terlalu menekankan fungsi anda dalam sesuatu projek berpasukan. Contohnya, kebanyakan siswazah akan berkata, “Saya yang melakukannya, saya yang memulakannya.” Hal ini sering menutup hati para penemu duga untuk terus berbual dengan anda.
Cara yang sebaik-baiknya bagi menangani hal ini ialah si pemburu kerja mesti menekankan dengan jelas matlamat yang telah dicapai oleh pasukannya dan tugasan yang telah dijalankan oleh setiap ahli pasukannya. Untuk menjadi seorang yang efektif, anda mestilah mempunyai semangat berpasukan.
2. PAMERKAN KOMUNIKASI YANG BAIK PADA SETIAP PERINGKAT
Majikan kadang-kadang berasa bimbang jika anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan yang berbeza di tempat kerja, terutamanya dengan orang bawahan anda.
Oleh sebab itu, penemu duga suka bertanya cara anda akan memotivasikan pekerja yang bukan di bawah bidang kuasa anda. Hal ini akan memberi beliau petunjuk tentang cara anda akan melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi.
Penemu duga juga akan mengawasi interaksi anda pada sepanjang sesi temu duga. Contohnya, perbualan ringan antara penemu duga dengan anda akan memberi beliau petunjuk tentang kemahiran bersosial anda dan sama ada anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya. Dalam perbualan ringan itu, penemu duga sering ingin tahu sama ada anda tahu tentang latar belakang organisasinya atau tidak dan sebab anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya.
Cara anda berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain di situ juga akan memberikan petunjuk kepada penemu duga anda tentang kemahiran berkomunikasi anda. Berbual seketika dengan penyambut tetamu semasa anda sampai di syarikat itu mungkin akan membantu anda mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial anda. Hal ini kerana penemu duga mungkin akan meminta pandangan beliau atau pekerja-pekerja lain tentang cara anda berinteraksi.
3. TUNJUKKAN MINAT ANDA DENGAN BERTANYAKAN SOALAN
Mengetahui terlalu sedikit tentang latar belakang organisasi memberikan petunjuk kepada penemu duga bahawa anda tidak membuat sebarang persediaan dan tidak berminat terhadap organisasinya. Hal ini menunjukkan bahawa sama ada anda merasakan diri anda terlalu besar buat organisasinya atau organisasinya terlalu kecil buat anda. Bertanyakan soalan yang bernas ialah satu cara yang baik untuk menunjukkan bahawa anda telah membuat persediaan. Pastikan bahawa soalan anda bernas kerana sesetengah soalan hanya akan menunjukkan anda tidak tahu lang-sung tentang latar belakang organisasi tersebut. Janganlah bertanya soalan yang mudah dijawab dengan hanya melayari laman web organisasi tersebut.
Bertanya soalan tentang budaya kerja di sesebuah organisasi akan menunjukkan bahawa anda mencari kerja yang sesuai dengan anda, dan bukan hanya kerana pekerjaan itu akan memberi anda pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan.
Antara soalan bernas yang boleh anda tanyakan kepada penemu duga anda ialah: Apakah yang dapat seseorang lihat apabila dia berdiri di tempat letak kereta selepas tamat waktu bekerja? Soalan ini akan menunjukkan bahawa anda ingin tahu sama ada pekerja di organisasi itu akan balik dengan muka yang tertekan atau
berbual-bual sesama rakan sejawat atau masih adakah lagi kereta di situ sehingga lewat malam? Soalan seperti ini ialah satu cara kreatif untuk anda mengetahui tentang budaya tempat kerja di organisasi tersebut.
4. JANGAN TERLALU FIKIRKAN NAMA JAWATAN ATAU PANGKAT
Janganlah anda terlalu fikirkan nama jawatan atau pangkat anda di sesebuah organisasi itu. Kebanyakan penemu duga akan memilih calon yang lebih berminat untuk mengetahui tugas mereka dan bagaimana kerjaya mereka boleh berkembang bersama dengan organisasinya.
5. TETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK
Janganlah anda terlalu berharap untuk menjawat jawatan yang tinggi pada permulaan kerjaya anda. Walaupun anda seorang graduan, anda mesti bersedia untuk memulakan kerjaya anda dari bawah. Banyak majikan menggalakkan siswazah berbincang dengan kaunselor kerjaya mereka supaya mereka mempunyai matlamat yang realistik terhadap kerjaya mereka apabila keluar dari universiti.
Artikel di atas dipetik daripada buku POST MORTEM MASALAH TEMU DUGA ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawati www.books.perintis.com.my atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

pemaaf..



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejatera,

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia adalah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Ketika manusia diciptakan oleh Allah SWT, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang juga disebut sebagai sifat yang hampir di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)

Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang.

Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43)

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Bukan penyelesaian

Emosi manusia pula memang mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangannya logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan penyelesaian masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga berlakunya pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Nabi menjawab ringkas iaitu “jangan marah”. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya buat kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkataan“jangan marah”. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadah wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perakara yang ditegah, termasuklah sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang, hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalulah cuba memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil. Bagi orang yang bersifat pemaaf, tiada tersimpan perasaan marah dalam hatinya. Sebab itu, hati orang yang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Hati tidak tenteram

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam.

Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini sudahpun selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati adakah perkara itu berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang brsifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Renung-renungkan…

Sumber : Mohd Huzairi Zainuddin di MW#1276

jual beli..

Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:
1. Sikit, tapi untung
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.
Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham
2. Banyakkan sedekah atau infak
Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!
3. Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
4. Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Semoga kita beroleh manfaat.. Amin

10 jenis lelaki..

Bukan nak kata tetapi THE TRUTH tentang wanita, mereka memang ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan lelaki. Banyak perkara yang dibenci tentang lelaki dan boleh dikatakan, hanya segelintir lelaki sahaja yang menjadi pilihan mereka.
  • Mereka for sure akan deny it. TETAPI apa yang menjadi kenyataan, tetap kenyataan!
Dan seperti yang selalu dipesan, jangan fokus pada masalah itu sebaliknya fokus pada bagaimana mahu menanganinya. Jadi, kalau boleh setelah tahu lelaki sebagaimana yang dibenci wanita, fikirt-fikirlah… , apakah tindakan anda selanjutnya? Bagaimanakah nak atasinya?
FOR NOW, this is for your info hopefully bila dah tahu cubalah cari jalan penyelesaiannya: -
  • 1 – Lelaki pengongkong? - Ya wanita sememangnya suka kepada lelaki yang boleh melindunginya, jaga dia, bertanggungjawab terhadapnya. TETAPI jangan terlampau sangat sehingga mengonkong mereka ketat. Sehingga nak buat apa, nak pergi mana semuanya atas arahan lelaki! Wanita akan mudah lemas dan rimas bercinta dengan lelaki yang terlalu mengawal. Ini boleh membuatkan wanita lari dari lelaki.
  • 2 – Lelaki tak mahu kahwin? - Mungkin di awal perhubungan wanita tidak kisah sangat jika lelaki tidak mahu berbincang atau memikirkan soal kahwin. BUT believe me when I say, wanita BENCI sangat dengan lelaki yang tidak tahu pun bila nak kahwin. Sampai satu masa, percintaan itu PASTI melibatkan perkahwina. Well at least itu yang diingini wanita. Mereka akan merasa dipergunakan apabila bercinta serius kemain tetapi nikahnya tah bila!
  • 3 – Lelaki pemarah? – Wanita teramat benci kepada lelaki yang suka memaki hamun di kala marah, tetapi romantik giler bila tengah baik. Don’t make them confused man! – Kalau betul-betul cinta, kalau sayang… takkan boleh senang-senang maki hamu orang yang kita sayang?
  • 4. – Lelaki dayus? – Wanita mudah bosan dengan lelaki yang tidak ada pendirian hidup dan susah atau takut untuk membuat keputusan. Agak pengecut untuk bertindak… memang tidak akan dapat memikat wanita la kan. Be a gentlemen for once!
  • 5. – Lelaki tidak terurus? – Ya memang ramai wanita yang berkata, “Asalkan jujur dan ikhlas cukup dah…tak hensem pun tak pa asal sedap mata memandang!” – Nak sedap mata memandang macamana kalau pengotor? Muka cemar je, penampilan tak jaga, body tak terurus… Memang yang dulu sayang pun akan menjadi benci!
  • 6. – Lelaki yang hanya buat Rutin sama? Ya, ianya juga akan membuatkan wanita benci dengan lelaki yang asyik melakukan perkara sama sahaja, tanpa ada sebarang progress dalam hidup. Kalau makan asyik makan gerai tuuu saja, kalau keluar asyik pergi shopping complex saja, bosan! Pekerjaan juga yang sama, topik perbualan juga sama, janji-janji juga hanya yang sama, tidak ada peningkatan dalam hidup, FOR SURE lelaki akan kehilangan wanita kesayanganya itu tidak lama lagi.
  • 7. – Lelaki suka bertekak dan mencari salah? Lagilah dibenci wanita! – Apa sahaja yang dilakukan salah, apa saja yang dicakap semuanya ditegur. Setiap pendapat dibangkang, setiap keputusan dibentak. Buang masa la nak tunggu lagi…
  • 8. Lelaki suka pada kawan-kawan? – Wanita juga amat tidak suka sekali kepada lelaki yang hanya mementingkan kawan-kawannya atau asyik-asyik dahulukan sahabat baik. Bagi wanita, jika anda lebih suka bersama kawan-kawan anda sehingga jauh lewat malam, tetapi jarang meluangkan masa untuk mereka, itu menunjukkan perhubungan itu tidak ada masa depan.
  • 9. Lelaki kurang keyakinan? – Tidak akan kelihatan menarik pada wanita. Mereka akan nampak lelaki sebegini adalah lelaki yang lemah, insecure, dan tidak akan berjaya di dalam pekerjaan, kehidupan dan apatah lagi di dalam perhubungan cinta.
  • 10. Lelaki cepat berubah? – Disukai benar asalnya, tetapi dibenci kemudiannya kerana suka hilang tanpa berita. Dulu kemain lagi masa memikat, setiap masa contact, sms, nak jumpa selalu lah rindu lah. Sekarang bila dah dapat…diam terus! Call dah tak ada, sms jarang sekali, dia pun hilang tah kemana. Kadang-kadang muncul melepas rindu, lepas tu hilang lagi tanpa berita. Lelaki sebegini AMAT dibenci wanita.
THERE YOU GO 10 type of man that womens hate! Tapi benci-benci juga kan wanita ni, namun lelaki-lelaki sebegini lah yang mereka jatuh cinta!! SEBABNYA? –
“Kesilapan terbesar yang wanita selalu lakukan adalah kerana mereka ingat mereka boleh mengubah lelaki ini dengan cintanya!”
Hakikatnya, lelaki hanya akan berubah jika mereka mahu. Bukan sebab sesiapa bukan sebab cinta. Ada sesetengah wanita, they got lucky kerana lelaki itu berubah… tapi jangan perasan! It’s not because of you or your love tetapi kerana lelaki itu sudah sampai serunya untuk berubah.
ANYWAY… KEPADA LELAKI : adakah anda di antara 10 jenis lelaki di atas? I honestly feels, hope you’re NOT! Harapnya anda adalah lelaki pilihan aweks! Whatever it maybe, jangan terlalu berpegang sangat kepada prinsip tak mahu berubah kerana wanita, tetapi cuba ambil mahu berubah untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama, itu lebih going to make you feels better.
KEPADA WANITA : Dah baca tu, hadiahkan artikel ini kepada pasangan lelaki anda dan sebarkan pada kawan-kawan, share kat facebook dengan harapan lelaki akan lebih memahami wanita. All the best and good luck!

jenis penemu duga

Berdasarkan pengalaman kerja saya, saya dapati bahawa penemu duga boleh dipecahkan secara kasar kepada 6 jenis mengikut stail masing-masing. Jika anda cepat membaca peribadi dan stail penemu duga anda dan seterusnya berjaya menjalin persefahaman, anda akan kelihatan lebih yakin dan berpengetahuan ketika ditemu duga.
Berikut adalah 6 jenis penemu duga yang biasa ditemui:
1. Tak fokus
Stail beliau: Seperti tiada di dalam bilik temu duga. Fikiran beliau tidak fokus kepada sesi temu duga itu. Hal ini berlaku mungkin kerana beliau tidak bersedia untuk sesi temu duga itu atau bos beliau telah menyerahkan satu projek besar kepada beliau untuk dikendalikan sejurus sebelum sesi temu duga bermula.
Pendekatan terbaik anda: Untuk meninggalkan impresi atau membuat impak yang kuat terhadap seorang penemu duga yang tidak fokus adalah agak mustahil. Oleh itu, sampaikan semua maklumat penting anda secara ringkas. Tumpukan lebih masa anda untuk tindakan susulan kelak. Jika anda dapati penemu duga anda seperti tidak cukup masa, cadangkan kepada beliau agar sesi temu duga diadakan pada masa yang lain.
2. Macam kawan
Stail beliau: Suka tersenyum, membuat lawak dan menyuruh anda untuk bertenang. Ada dua jenis penemu duga macam kawan yang saya tahu:
i. penemu duga yang ingin disukai
ii. penemu duga yang tahu bahawa jika anda sudah selesa dengan beliau, banyak maklumat yang mungkin anda tidak mahu sebut atau dedahkan akan
terbongkar, misalnya tentang jumlah gaji yang dipohon.
Pendekatan terbaik anda: Anda boleh beramah mesra dengan beliau tetapi jaga tatasusila anda. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam memberikan maklumat, takut anda menyesal pula kelak.
3. Suka bertanya
Stail beliau: Serius dan tidak pernah tersenyum. Beliau selalunya akan mengajukan soalan yang sukar tentang pengalaman kerja anda. Inilah satu sesi temu duga yang akan menyebabkan anda berkata, “Saya tak suka ditemu duga!”.
Pendekatan terbaik anda: Bertenang, tunjukkan keyakinan dan rasa hormat kepada penemu duga anda. Pada kebiasaannya, penemu duga suka bertanya ini percaya bahawa soalan yang sukar akan mencungkil potensi tersembunyi calon. Penting untuk anda ingat bahawa penemu duga seperti ini selalunya akan menjadi penasihat terbaik anda dalam sesi temu duga. Beliau juga boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dengan memberikan tips yang berguna.
4. Satu topik
Stail beliau: Fokus kepada hanya satu topik, misalnya cara meningkatkan produktiviti.
Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Puaskan hati beliau dengan menjawab soalan yang ditanya. Ajukan soalan-soalan yang telah anda sediakan sebelum temu duga untuk Jabatan Sumber Manusia kelak.
5. Banyak topik
Stail beliau: Menyentuh banyak topik. Sekejap tentang jualan, selepas itu tentang polisi syarikat, kemudian tentang pengalaman kerja anda pula. Cabarannya ialah kesemua topik ini kadangkala tidak berkaitan dan anda tidak tahu bagaimana penemu duga banyak topik ini menilai kemampuan anda.
Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Di sinilah persediaan rapi yang anda buat sebelum temu duga akan berbaloi. Hal ini kerana anda boleh mengaitkan kekuatan dan kemahiran yang anda miliki dengan banyak aspek kerja.
6. Menunggu jawapan magik
Stail beliau: Percaya kepada hanya satu soalan magik untuk ditanya dan hanya satu respon magik untuk diterima yang bakal menentukan sama ada anda ialah orang yang terbaik untuk jawatan yang ditawarkan. Penemu duga jenis ini akan menanyakan dahulu beberapa soalan tentang pengalaman kerja dan kemahiran yang anda miliki. Kemudian, beliau akan bertanya pula soalan yang tiada kaitan dengan kerja seperti,“Beritahu saya bagaimana anda mengikat tali kasut.” atau “Jika anda diberi peluang makan malam di hotel lima bintang, siapakah yang akan anda bawa bersama?” Daripada jawapan anda ini, beliau akan memutuskan sama ada anda berjaya mendapat pekerjaan itu ataupun tidak.
Pendekatan terbaik anda: Jawab soalan yang ditanya dan teruskan sahaja sesi temu duga mengikut rentak beliau.
Ubah suai pendekatan anda mengikut jenis penemu duga
Apabila anda berjaya mengenal pasti jenis dan stail penemu duga anda dan mengubah suai pendekatan anda ketika sesi temu duga, anda telah berada pada satu tahap di hadapan pesaing anda. Ketika anda membuat persediaan untuk temu duga, tanya diri anda sendiri, “Bagaimanakah saya boleh mempelbagaikan jawapan saya mengikut stail penemu duga?”
Misalnya, dengan penemu duga satu topik, anda boleh memberikan pilihan kepadanya ketika menjawab soalan beliau dengan bertanya, “Adakah encik mahu saya bercakap tentang aspek kerja yang ini atau yang itu?” Jika anda ditanya tentang kejayaan anda melaksanakan satu tugasan, dengan penemu duga macam kawan, anda fokuskan lebih kepada kemahiran anda dalam kerja berpasukan. Bagi soalan yang sama, dengan penemu duga suka bertanya pula, anda mulakan jawapan dengan menyatakan hasil kerja individu anda.
Dengan memahami stail penemu duga anda, peluang anda untuk didengari oleh mereka adalah lebih cerah!
Artikel di atas dipetik daripada buku POST MORTEM MASALAH TEMU DUGA ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawati www.books.perintis.com.my atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.