jenis penemu duga

Berdasarkan pengalaman kerja saya, saya dapati bahawa penemu duga boleh dipecahkan secara kasar kepada 6 jenis mengikut stail masing-masing. Jika anda cepat membaca peribadi dan stail penemu duga anda dan seterusnya berjaya menjalin persefahaman, anda akan kelihatan lebih yakin dan berpengetahuan ketika ditemu duga.
Berikut adalah 6 jenis penemu duga yang biasa ditemui:
1. Tak fokus
Stail beliau: Seperti tiada di dalam bilik temu duga. Fikiran beliau tidak fokus kepada sesi temu duga itu. Hal ini berlaku mungkin kerana beliau tidak bersedia untuk sesi temu duga itu atau bos beliau telah menyerahkan satu projek besar kepada beliau untuk dikendalikan sejurus sebelum sesi temu duga bermula.
Pendekatan terbaik anda: Untuk meninggalkan impresi atau membuat impak yang kuat terhadap seorang penemu duga yang tidak fokus adalah agak mustahil. Oleh itu, sampaikan semua maklumat penting anda secara ringkas. Tumpukan lebih masa anda untuk tindakan susulan kelak. Jika anda dapati penemu duga anda seperti tidak cukup masa, cadangkan kepada beliau agar sesi temu duga diadakan pada masa yang lain.
2. Macam kawan
Stail beliau: Suka tersenyum, membuat lawak dan menyuruh anda untuk bertenang. Ada dua jenis penemu duga macam kawan yang saya tahu:
i. penemu duga yang ingin disukai
ii. penemu duga yang tahu bahawa jika anda sudah selesa dengan beliau, banyak maklumat yang mungkin anda tidak mahu sebut atau dedahkan akan
terbongkar, misalnya tentang jumlah gaji yang dipohon.
Pendekatan terbaik anda: Anda boleh beramah mesra dengan beliau tetapi jaga tatasusila anda. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam memberikan maklumat, takut anda menyesal pula kelak.
3. Suka bertanya
Stail beliau: Serius dan tidak pernah tersenyum. Beliau selalunya akan mengajukan soalan yang sukar tentang pengalaman kerja anda. Inilah satu sesi temu duga yang akan menyebabkan anda berkata, “Saya tak suka ditemu duga!”.
Pendekatan terbaik anda: Bertenang, tunjukkan keyakinan dan rasa hormat kepada penemu duga anda. Pada kebiasaannya, penemu duga suka bertanya ini percaya bahawa soalan yang sukar akan mencungkil potensi tersembunyi calon. Penting untuk anda ingat bahawa penemu duga seperti ini selalunya akan menjadi penasihat terbaik anda dalam sesi temu duga. Beliau juga boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dengan memberikan tips yang berguna.
4. Satu topik
Stail beliau: Fokus kepada hanya satu topik, misalnya cara meningkatkan produktiviti.
Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Puaskan hati beliau dengan menjawab soalan yang ditanya. Ajukan soalan-soalan yang telah anda sediakan sebelum temu duga untuk Jabatan Sumber Manusia kelak.
5. Banyak topik
Stail beliau: Menyentuh banyak topik. Sekejap tentang jualan, selepas itu tentang polisi syarikat, kemudian tentang pengalaman kerja anda pula. Cabarannya ialah kesemua topik ini kadangkala tidak berkaitan dan anda tidak tahu bagaimana penemu duga banyak topik ini menilai kemampuan anda.
Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Di sinilah persediaan rapi yang anda buat sebelum temu duga akan berbaloi. Hal ini kerana anda boleh mengaitkan kekuatan dan kemahiran yang anda miliki dengan banyak aspek kerja.
6. Menunggu jawapan magik
Stail beliau: Percaya kepada hanya satu soalan magik untuk ditanya dan hanya satu respon magik untuk diterima yang bakal menentukan sama ada anda ialah orang yang terbaik untuk jawatan yang ditawarkan. Penemu duga jenis ini akan menanyakan dahulu beberapa soalan tentang pengalaman kerja dan kemahiran yang anda miliki. Kemudian, beliau akan bertanya pula soalan yang tiada kaitan dengan kerja seperti,“Beritahu saya bagaimana anda mengikat tali kasut.” atau “Jika anda diberi peluang makan malam di hotel lima bintang, siapakah yang akan anda bawa bersama?” Daripada jawapan anda ini, beliau akan memutuskan sama ada anda berjaya mendapat pekerjaan itu ataupun tidak.
Pendekatan terbaik anda: Jawab soalan yang ditanya dan teruskan sahaja sesi temu duga mengikut rentak beliau.
Ubah suai pendekatan anda mengikut jenis penemu duga
Apabila anda berjaya mengenal pasti jenis dan stail penemu duga anda dan mengubah suai pendekatan anda ketika sesi temu duga, anda telah berada pada satu tahap di hadapan pesaing anda. Ketika anda membuat persediaan untuk temu duga, tanya diri anda sendiri, “Bagaimanakah saya boleh mempelbagaikan jawapan saya mengikut stail penemu duga?”
Misalnya, dengan penemu duga satu topik, anda boleh memberikan pilihan kepadanya ketika menjawab soalan beliau dengan bertanya, “Adakah encik mahu saya bercakap tentang aspek kerja yang ini atau yang itu?” Jika anda ditanya tentang kejayaan anda melaksanakan satu tugasan, dengan penemu duga macam kawan, anda fokuskan lebih kepada kemahiran anda dalam kerja berpasukan. Bagi soalan yang sama, dengan penemu duga suka bertanya pula, anda mulakan jawapan dengan menyatakan hasil kerja individu anda.
Dengan memahami stail penemu duga anda, peluang anda untuk didengari oleh mereka adalah lebih cerah!
Artikel di atas dipetik daripada buku POST MORTEM MASALAH TEMU DUGA ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawati www.books.perintis.com.my atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Rumahtangga : Seks bukan kunci utama bahagia


SAYA percaya, ramai yang beranggapan seks adalah segala-galanya dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kalau hubungan seks baik, akan bahagialah rumah tangga.

Benarkah begitu? Adakah ia punca utama kepada peningkatan kes perceraian setiap tahun?

Hakikatnya, perkahwinan bukan untuk melampiaskan nafsu seks atau keseronokan semata-mata. Perkahwinan sebenarnya satu ikatan, tugas dan amanah yang perlu dipikul serta dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Ya, saya akui, salah satu tujuan dan hikmah perkahwinan adalah bagi membenarkan satu hubungan antara lelaki dan wanita.

Dalam Islam, melalui perkahwinan hubungan tersebut bukan saja dibenarkan, malah pelakunya akan diberikan pahala sama seperti melakukan ibadat suruhan Ilahi.

Namun perlu diingat, bukan itu sahaja tujuan dan hikmah perkahwinan. Malah, kalau dilihat kepada hikmah perkahwinan yang tersenarai, kita telah diajar sejak di bangku sekolah lagi, 'keseronokan' itu adalah tujuan terakhir.

Ini petikan daripada silibus Sijil Pelajaran Malaysia, telitilah sendiri :

Menyenaraikan hikmah perkahwinan:

* Melahirkan zuriat yang bersih.
* Memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
* Mengelakkan perbuatan maksiat.
* Melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah.
* Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan halal.

Apabila seks menjadi hikmah terakhir dalam pensyariatan, jelaslah seks bukanlah kunci utama kebahagiaan. Lantas, di manakah terletaknya kunci bahagia rumah tangga?

Dua kunci utama

Seperti sebuah rumah, tidak cukup jika dikunci menggunakan satu kunci sahaja. Keselamatannya masih diragui. Paling kurang, ia memerlukan dua kunci iaitu satu kunci biasa dan satu lagi kunci mangga, barulah keselamatan lebih terjamin.

Sama dengan sebuah perkahwinan, ada dua kunci utama yang menjadi tulang belakang dalam usaha mewujudkan bahagia iaitu :

* Peranan yang dilaksanakan oleh suami dan isteri
* Isteri yang solehah

Peranan suami dan isteri

Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri di samping tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan.

Tanggungjawab suami adalah hak isteri. Tanggungjawab isteri pula adalah hak suami. Suami perlu melaksanakan segala tanggungjawabnya agar isteri mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat.

Isteri juga perlu melaksanakan segala tanggungjawabnya agar suami mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat.

Secara ringkasnya, tanggungjawab seorang suami adalah melayani isteri dengan baik, memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan, menyediakan rumah serta keperluan berkaitan, melayani keperluan seks isteri dan bersikap romantik terhadap isteri.

Suami juga perlu bergurau dengan isteri, meluangkan masa bersama isteri, mewujudkan suasana ibadah di dalam rumah tangga, sentiasa menunjukkan wajah ceria, menjaga penampilan diri dan bersabar melayani kerenah isteri.

Sementara itu, tanggungjawab seorang isteri pula termasuklah taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat, melayani kehendak seks suami, menjaga harga diri, suami serta keluarga, menghormati suami dan menyenangkan hati suami.

Selain itu, tanggungjawab bersama bagi suami dan isteri pula adalah menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak serta menguruskan rumah tangga.

Sekiranya segala peranan dan tanggungjawab dilaksanakan dalam suasana penuh toleransi tanpa mengambil kesempatan, bahagia akan wujud walaupun hubungan intim bukan di takhta pertama.

Isteri solehah

Sukar diakui, tetapi satu hakikat yang perlu diterima adalah isteri yang solehah sebenarnya kunci utama kebahagiaan hidup berumah tangga.

Bukan niat mahu memihak kepada kaum Hawa. Tanyalah pada mana-mana kaunselor sekalipun termasuk kaunselor lelaki, pasti semuanya mengakui, isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.

Imbas semula asal usul kejadian manusia. Allah menciptakan Hawa sebagai teman hidup Adam apabila Adam mengadu dirinya keseorangan dan kesepian dalam syurga.

Sebab itulah juga, alim ulama mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Wanita solehah adalah wanita yang menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, jika wanita itu seorang isteri, beliau isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya daripada melakukan suruhan Allah.

Ya sesungguhnya, isteri merupakan kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mendatang dalam rumah tangga, sekiranya si isteri bersabar, bukan sekadar bersabar, tetapi berdoa memohon pertolongan Yang Maha Esa, insya-Allah, akan tiba masanya kebahagiaan yang diinginkan akan menjelma di depan mata.

Tiada yang mustahil kerana memang diakui, wanita bukan insan yang lemah. Wanita sebenarnya diciptakan dengan satu kekuatan yang hebat, tetapi sukar dilihat.

Lantaran, saya menyeru kepada semua wanita bernama isteri, anda penentu kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Peranan anda penting! Jika sayangkan perkahwinan, lakukan peranan anda dengan sebaiknya dengan diiringi doa. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengurniakan.

Top 12 Perkara Tidak Pakai Pada Resume Anda

Posted: oleh Marc Davis
Pekerjaan yang terhad hari ini dan persaingan untuk membuka setiap sengit.Majikan telah melaporkan bahawa bagi setiap kedudukan diiklankan, beratus-ratus orang menghantar permohonan kerja bersama-sama dengan resume mereka. Majoriti ini pemohon ditolak, sudah tentu, kerana hanya seorang diperlukan. Pemohon Ramai yang boleh ditolak untuk menyandang jawatan tersebut kerana apa yang mereka telah dimasukkan ke dalam resume mereka.Jika anda telah meletakkan dalam mana-mana bahan yang dinamakan di bawah, berhenti! Anda boleh mencederakan peluang anda untuk mendapatkan disewa.(Untuk cara-cara lain untuk membantu meningkatkan peluang anda mencari pekerjaan, check out 7 Tips Job-Hunting 2011.)

Separuh Masa yang tidak berkaitan atau Kerja SementaraApa jua pekerjaan yang anda memohon, majikan anda tidak berminat dalam pekerjaan anda memotong rumput jiran, membasuh pinggan selepas sekolah di sebuah restoran tempatan dan lain-lain pekerjaan ganjil yang mudah yang tidak berkaitan dengan kerja yang diiklankan.
Kepentingan yang tidak berkaitanMinat atau hobi anda tidak akan membantu anda kuku kerja jika ia tidak berkaitan dengan posisi yang ditawarkan. Mengumpul batu-batu, contohnya, mungkin membantu anda mendapatkan pekerjaan sebagai seorang ahli geologi, tetapi ia tidak akan membantu dengan jawatan yang lain. Sebut sahaja kepentingan yang membuat anda seorang calon yang lebih menarik untuk kerja dan tidak termasuk lain.
Kata-kata yang membosankan dan klise ResumePerkataan-perkataan seperti "pemain pasukan", "berorientasikan detail" dan lain-lain resume klise yang sama tidak lagi berkesan dalam menjual diri anda kepada bakal majikan. Gunakan kata kerja kuat untuk mengatakan hal yang sama. Mencari perkataan yang sesuai dalam tesaurus jika perlu. Untuk "pemain pasukan", menulis: "bekerjasama dan bekerjasama dengan mudah dengan kakitangan lain" atau "dengan cermat berhati-hati mengenai butiran" dan bukan "detail berorientasikan". Resume yang berbeza dari biasanya berjalan-of-the-kilang-permohonan yang akan menarik perhatian orang HR atau sesiapa yang melakukan pengambilan.
High School DiplomaJika anda hanya mempunyai pendidikan sekolah yang tinggi, ia mungkin lebih berhati-hati untuk tidak memasukkan fakta itu, melainkan jika anda kini seorang pelajar kolej dalam mengejar ijazah.
Objektif samar-samarJika anda menyenaraikan objektif anda, membuat mereka konkrit. Sebagai contoh, sesuatu yang sama seperti berikut boleh menjadi sangat berkesan: Objektif: Untuk menyumbang kepada kejayaan dan keuntungan syarikat itu melalui usaha saya, kepakaran dan pengalaman. Satu objektif yang jelas, seperti berikut, tidak seharusnya berada di dalam resume anda. Objektif: Untuk membantu syarikat melalui kerja keras saya. (Untuk bantuan lanjut mengenai pengukuhan resume anda, membaca rombakan Resume Anda: Kuasa Spin Positif.)
Anda PhotoJangan menghantar gambar anda bersama-sama dengan permohonan anda.Muka anda tidak penting kepada majikan yang berpotensi, kecuali gambar diminta, yang jarang terjadi. Sesetengah orang yang telah menghantar gambar dengan aplikasi pekerjaan dan tidak diupah telah membawa tindakan undang-undang untuk diskriminasi terhadap syarikat yang enggan untuk mengupah mereka. Majikan mungkin untuk tidak mengendahkan semua permohonan dengan gambar pemohon yang dilampirkan.
Sifat peribadiUmur anda, bangsa, agama, keadaan perubatan, hilang upaya, ketinggian, berat dan orientasi seksual adalah tidak relevan. Undang-undang ini memerlukan majikan untuk mengabaikan kualiti ini dalam keputusan mereka menyewa. Walau bagaimanapun, ramai di antara mereka mengabaikan undang-undang, dan asas penolakan permohonan mereka pada satu atau semua faktor-faktor ini.
KelemahanJangan menyiarkan kelemahan anda. Sebagai contoh, tidak menulis sesuatu seperti: "Saya baik pada pemprosesan perkataan, tetapi tidak cukup untuk setanding di Excel dan Power Point." Lead dari kekuatan anda. Jangan memberi majikan alasan untuk menolak anda. Jika anda ditanya, bagaimana pun, selepas anda telah memohon untuk mendapatkan pekerjaan, tidak diambil atau membesar-besarkan kelemahan anda akan menjadi masa yang jelas dalam, dan boleh membawa kepada pemecatan anda, jika tidak didedahkan mulanya jika ditanya.
Komen negatifJangan buruk mulut bos anda yang terdahulu. Jangan mengadu mengenai masalah kewangan anda. Jika anda telah dipecat dari jawatan terakhir anda untuk merompak klip kertas, tidak menyatakannya. Jika anda mungkar dilepaskan dari tentera, atau adakah hamparan penjara, tidak menyatakannya.Anda boleh menjadi orang-orang yang benar mengenai apa-apa isu-isu ini hanya jika ditanya.
Pembohongan dan / atau besarkanJangan berbohong tentang pengalaman anda, pendidikan atau pencapaian.Jangan mengembung gaji sebelumnya anda. Majikan dalam masa yang sukar ini telah mengesahkan fakta pemohon resume, dan dusta hampir setiap dan keterlaluan akan dipaku.
Matlamat Self-BerkhidmatJika anda memohon pekerjaan dalam industri yang tertentu, hanya untuk mempelajari perniagaan itu sebagai batu loncatan ke kedudukan lain, tidak menyebut bahawa. Ramai muda pemohon memetik matlamat jangka panjang mereka dalam resume mereka yang menyebabkan penolakan mereka. Majikan mahu pemohon untuk memberi tumpuan kepada kerja yang mereka tawarkan, tidak di tempat kerja akan datang.
Politik, prejudis dan Pilihan PeribadiApa pun pujukan politik anda, dan apa-apa atau sesiapa yang anda tidak suka, tidak perlu dimasukkan di dalam resume anda. Anda mungkin suka atau tidak suka pentadbiran kerajaan sekarang, tetapi majikan yang berpotensi anda mungkin tidak akan peduli.
Bottom linePendaratan pekerjaan yang sukar cukup hari ini tanpa merugikan ditambah resume dengan bahan yang sepatutnya telah ketinggalan. Tinggalkan perkara-perkara yang disebut di atas dan anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan yang anda memohon. Good luck.