Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi SAW.. Kami Merinduimu Rasulullah,,

 

sedakasejahtera.blogspot.
Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).


Hukum berselawat
Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat


Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Selawat Paling Afdhal
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).


Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

“Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

Lafaz Selawat yang sahih
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat
•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

http://www.abuanasmadani.com

kebangkitan islam..

Islam ugama wahyu bukan ideologi.Maka boleh kah Islam di perjuangkan melalui cara orang memperjuangkan ideologi saperti melalui pilihanraya?. Belum ada Pejuang Islam dalam dunia ini yang telah sukses mempertabatkan Islam melalui politik pilihanraya berdemokrasi atau melalui isme isme yang lain atau melalui kekerasan sekali pun.Apa yang kita nampak, makin di perjuangkan makin berpecah belah umat Islam dan makin terhina Agama Islam.
Islam agama wahyu.Kepunyaan Allah.Maka ianya hanya boleh di perjuangkan melalui cara yang di kehendaki olih Allah.Ya itu melalui “Instruction Manual” yang di sediakan oleh Allah (Al Quran & Hadis).Bukan melalui cara atau metod yang di reka olih manusia.Kerja kita memperjuangkannya.............. bila Islam akan kembali gemilang………. itu kerja Allah.Islam agama Allah, kita mesti terus berjuang cara yang di tetapkan olih Allah sambil menunggu jadual Allah, saperti dalil dalil yang tersebut di bawah:-

1. Dalil Al Quran
"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan serta mengembangkan agama mereka yang telah diredhai Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan.Mereka terus beribadah kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku.Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka." (Surah An Nur: 55)

2. Dalil Al Hadis
Dari Nukmanbin Basyir, katanya…’Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabahlalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan ( Khulafaur Rasyidin ) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.)

Wallahu'alam



Salaam & Regards
Amri el Wahab

Usah bercinta dengan isteri atau suami orang



CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka". (Maryam, ayat 96).

Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.

Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."

Haram, harus dan makruh

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita.

Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.

Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.

Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Hindari cinta salah

Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.

Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri.

Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian.

Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.

Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

panduan kertas kerja..

Dalam menghasilkan sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan, teknik penulisan merupakan perkara utama yang harus diberikan penekanan. Hal ini adalah kerana segala gaya bahasa dan kaedah pembentangan merupakan refleksi kepada si penulis dan memberikan persepsi terhadap si pembaca. Anda harus tahu teknik-teknik untuk memberikan impak psikologi dalam menghasilkan segala dokumentasi tersebut.
Panduan utama yang perlu anda titik-beratkan adalah;

i. Penjelasan Objektif

Tujuan penyediaan kertas kerja haruslah jelas objektifnya. Pastikan anda tahu hala tuju dan sasaran perniagaan yang dibangunkan. Apa-apa jua kerja dan rancangan yang dibuat selalunya mempunyai objektif yang tersendiri. Andai kata kertas kerja itu dibuat untuk mendapatkan pinjaman perniagaan, maka objektifnya adalah untuk membentangkan konsep perniagaan dan implikasi kewangan.

Jika kertas kerja tersebut dibuat untuk cadangan premis perniagaan di sesuatu lokasi, maka objektifnya adalah untuk menjelaskan perniagaan yang bakal dibangunkan mampu memberikan impak positif kepada pihak lain.

ii. Keutamaan Komunikasi

Jika anda mempunyai idea yang bernas dan mampu menyampaikannya secara jelas dan efektif, pembaca pasti akan tertarik oleh perkara yang disampaikan. Tetapi jika lebih banyak maklumat disampaikan dengan

teknik komunikasi yang lemah seperti tiada penerangan lanjutan berkenaan sasaran perniagaan, ataupun tiada menyatakan kepentingan pihak pembaca, maka dengan pastinya kertas kerja itu tidak menghasilkan apa-apa keputusan positif.

iii. Kesalahan Tatabahasa

Jelas sekali di sini dinyatakan penggunaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam mengolah sesuatu penyampaian ayat. Anda haruslah memastikan susunan perkataan dalam ayat diatur dengan menggunakan teknik frasa dan tatabahasa yang betul. Kebiasaannya, kebanyakan antara kita tidak peka akan perkara ini. Sebagai contoh, penggunaan ‘di’ dan ‘ke’ selalu menimbulkan kekeliruan.

iv. Penggunaan Ayat

Kebanyakan industri hari ini menggunakan pelbagai bahasa baru yang sering kali jarang diketahui umum. Terdapat perkataan, terma dan ekspresi yang menjadi ayat kebiasaan pada sesetengah industri tetapi janggal kepada pembaca daripada industri yang lain. Elakkan penggunaan ayat ringkasan (jargon) dan jika perlu meng-gunakannya pastikan anda menerangkan maksud di sebaliknya. Sebagai contoh, ekspresi seperti ‘E-Katalog’ berkemungkinan tidak difahami oleh sesetengah pihak.

Harus diingatkan bahawa kertas kerja anda dinilai oleh pelbagai pihak yang membacanya. Justeru, pastikan mereka memahami perkara yang ingin anda sampaikan.

v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum

Perkembangan teknologi dan kemunculan perkataan-perkataan baru kadangkala tidak sampai kepada pengetahuan semua pihak. Kertas kerja dan pelan per-niagaan anda berkemungkinan disemak atau dinilai oleh pelbagai lapisan pembaca. Oleh hal yang demikian, segala penerangan dan informasi yang terkandung dalam kertas kerja haruslah mampu difahami oleh bacaan umum.

Elakkan penggunaan bahasa selanga (slang), bahasa pasar dan bahasa setempat. Walaupun kertas kerja anda diserahkan kepada pihak tempatan, namun berkemungkinan kertas kerja tersebut akan diserahkan kepada pihak luar untuk penilaian lanjutan. Mereka tidak memahami penggunaan bahasa tersebut jika digunakan.

vi. Elemen Paparan/Grafik

Persembahan sesuatu kertas kerja yang baik adalah dengan menggunakan teknik paparan serta grafik yang bersesuaian serta menarik perhatian pembaca. Masukkan elemen visual tersebut secara teratur. Logo, graf, carta, jadual dan elemen visual lain meningkatkan gaya pembentangan kertas kerja anda dan memudahkan pembaca memahaminya. Muka surat yang penuh dengan perkataan sahaja akan meletihkan mata dan menimbulkan kebosanan. Tambahan pula, kebanyakan orang lebih gemar akan dokumen yang berorientasikan visual kerana mudah untuk difahami dan proses pemahaman yang singkat tercapai.

vii. Kaedah Pembentangan Penulisan

Kebiasaannya, kebanyakan komputer menggunakan ‘Times New Roman’ sebagai jenis perkataan amnya. Bagi yang terus menaip, pasti akan tidak menitikberatkan jenis perkataan dan saiznya. Tahukah anda mengapa terdapat pelbagai jenis perkataan disediakan dan mengapakah kadangkala jenis perkataan tersebut kelihatan seakan-akan sama?

Sebenarnya, hanya terdapat dua kategori perkataan iaitu ‘Serif’ dan‘Sans-Serif’. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini adalah pada bucu huruf masing-masing. Perkata-an ini berasal daripada bahasa Perancis, perkataan‘sans’ bermaksud ‘tanpa’. Bagi memudahkan pembacaan, eloklah menggunakan perkataan jenis ‘Sans-Serif’ seperti Arial, Century Gothic dan Tahoma.

Selain jenis perkataan, pastikan juga anda meng-gunakan kaedah pembentangan yang rapi seperti penyusunan perenggan dan penjajaran tepian (alignment). Pembaca kertas kerja anda pastinya akan berasa senang untuk membaca dan hal ini juga menunjukkan imej peribadi anda yang sentiasa kemas dan tersusun. Satu kelebihan untuk anda, bukan!

viii. Tajuk dan Muka Surat yang Jelas

Pernahkah anda menerima kertas kerja orang lain untuk membuat penilaian? Bagaimanakah anda menilai sama ada kertas kerja tersebut bagus atau tidak? Sebenarnya, sesebuah kertas kerja dan pelan perniagaan yang baik dilihat melalui kaedah penyusunan tajuknya. Mengapakah saya berkata sedemikian? Hal ini adalah kerana penyusunan tajuk yang mengikut rentak pembacaan untuk dianalisis memainkan peranan penting bagi membolehkan kertas kerja anda diterima.

Mulakan penulisan dengan merangka isi-isi kandungan mengikut susunan tajuk kandungan utama yang terdapat dalam Bahagian 2 nanti. Pastikan tajuk-tajuk tersebut lengkap disertakan dalam kertas kerja anda. Kesemua tajuk itu merupakan tajuk utama (standard) yang diguna pakai di seluruh dunia apabila membuat sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan.

Penggunaan muka surat juga penting kerana memudahkan pembaca mencari isi kandungan yang dikehendaki dengan cepat tanpa perlu menyingkap helaian demi helaian. Seelok-eloknya, nombor muka surat kertas kerja atau pelan perniagaan diletakkan di penjuru kanan sebelah bawah. ‘Header’ dan ‘footer’ juga perlu dimasukkan agar kertas kerja anda nampak kemas, profesional dan menarik.

ix. Penyusunan Agenda Pembentangan

Apakah yang akan terjadi jika pembentangan agenda penulisan kertas kerja anda tidak tersusun? Sudah tentu hal ini mewujudkan ketidakseimbangan kefahaman terhadap pembaca yang menilai permohonan anda. Aliran isi kandungan yang ingin disampaikan perlu mengikut rentak objektif utama kertas kerja dan pelan perniagaan anda. Pastikan kertas kerja dan pelan perniagaan anda dimulakan dengan Pengenalan atau Ringkasan Eksekutif/Pelan diikuti isi kandungan utama dan diakhiri dengan Kesimpulan/Penutup.

Melalui kaedah ini, secara tidak langsung pembaca atau penilai dapat mengenal anda dan perkara yang anda ingin sampaikan melalui perniagaan yang anda ingin ceburi. Oleh itu, pastikan anda melengkapkan kesemua agenda utama pembentangan agar kefahaman tercapai dan objektif serta impian perniagaan anda terlaksana akhirnya.

x. Pengakhiran Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan

Lakukan cetakan dengan menggunakan pencetak laser berwarna yang bermutu serta gunakan kertas yang agak tebal dan berkualiti. Kertas kerja dan pelan perniagaan anda harus diakhiri dengan penjilidan yang sesuai seperti‘comb-binding’ dan pastikan muka depan dan belakang diliputi lapisan plastik sebagai pelindung dan daya tarikan. Dengan hanya sedikit kos, kini anda telah berjaya menghasilkan satu kertas kerja dan pelan perniagaan yang bakal mengubah masa depan anda ke arah pencapaian matlamat yang ingin dicapai.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh didapati di www.books.perintis.com.myatau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.