Cerite ini berkisarkan seorang bapa mertua dengan menantunya yang sering berkelakuan jahat serta dibenci orang. setiap hari, mereka akan membuat penipuan bagi menyusahkan penduduk kampung.
namun hari berganti hari, usia terus meningkat. dan ketika itu, si bapa mertua ini berfikir, sekiranya di berterusan berkelakuan begini, hidup dia di alam seterusnya akan terseksa. jadi, dia mencadangkan pada menantunya untuk berenti daripada terus menipu orang. menantunya pun setuju dengan cadangan itu. mereka pun berazam untuk bertaubat dengan segera. namun, mereka tidak tahu bagaimana untuk bertaubat!
dengan segala usaha yang ada, mereka memberanikan diri untuk bertanya dengan penduduk kampung bagaimana untuk bertaubat itu. seorang demi seorang ditanyakan namun tiada siapa yang dapat memenuhi pemintaan tersebut. untuk kali terakhir, mereka bertanyakan pada seorang lelaki tua yang berjanggut dan bertongkat yang berada dihujung kampung. apabila ditanyakan bagaimana untuk mereka bertaubat, lelaki berkenaan berkata, mereka mesti terjun didalam sungai. dengan keadaan yang terpinga-pinga, mereka terus meninggalkan lelaki tua tadi dan menuju ke sebatang sungai yang menjadi sempadan dengan kampung sebelah.
dengan berkeadaan was-was ini, mereka masih berfikir, patutkah mereka terjun kedalam sungai yang dalam dan deras airnya ini. tetapi mereka telah bertekat untuk bertaubat dan ini sajalah caranya untuk mereka lakukan. setelah setengah jam memandang kearah sungai itu, si menantu bersuara kepada bapa mertuanya.
menantu : bapak la terjun dulu. bapak kan dah tua,tak lama lagi nak mati!
bapa mertua : ye tak ye jugak! ok la, bapak terjun dulu, kemudian kamu pulak!
si bapa mertua tersebut pun terus terjun tanpa mencabut pakaiannya. Bedebuuuuush! air sungai pun berkocak. selepas beberapa ketika air mula kelihatan seperti biasa, namun si bapa mertua itu masih belum timbul-timbul lagi. si menantu mula merasa risau. mungkinkah bapa mertuanya lemas, atau kakinya tersangkut pada akar pokok, atau dah dibawa arus. selepas dua puluh minit berlalu, barulah si bapa mertua tersebut timbul. melihat menantunya masih menunggu di tebing, si bapa mertua tersebut melaung pada menantunya,
bapa mertua: woooi buat ape kat atas tu lagi! cepat la terjun! kat dalam ni ada kedai kopi! bapak pegi makan roti canai dengan teh tarik tadi! tu yang lambat sikit tadi!
menantu : baik la saya terjun sekarang!
si menantu yang curiga dengan penjelasan bapa mertuanya, terus dia melompat kedalam sungai itu, tapi malangnya kepalanya terkena batu-batu yang berada di dasar sungai itu dan darah mula mengalir. jadi dengan segera dia timbul di permukaan sungai itu. tindakan menantunya itu disedari oleh si bapa mertua dan dia berkata,
bapa mertua : haai, apasal cepat sangat kamu timbul? tuu yang kepala berdarah tu kenapa pulak?
menantu : tu la bapak! makan tadi tak bayar! dah orang kedai pukul saya dengan kayu! tu yang berdarah kepala ni!
moral : jika seseorang itu sering membuat penipuaan, di saat dia ingin bertaubat pun masih lagi ingin menipu!
No comments:
Post a Comment