deruman enjin bermotor kuasa empat lejang bertaburan bingit di halaman rumah... tidak syak lagi pasti teman-teman aku yang tiba bersama rancangan jahanam mereka...sekali lagi tidur aku terganggu... jam 8 pagi bukan masa aktif aku sebenarnya... namun aku bingkas bangun mencapai tuala dan berjalan tenang ke bilik air... setelah titisan air dari paip direnjiskan di mata dan membelai gigi dengan oral b, aku bersiap...
rupanya destinasi jahanam aku adalah ke pasar tani berdekatan... aku suka ke pasar tani... banyak bentuk ragam manusia aku boleh lihat... sedang mata meliar melihat barangan klasik dan anak gadis sunti, hati terdetik terpandang seorang jejaka lewat 50-an sedang duduk bersimpuh sambil kaca mata hitam disangkut ke telinga menghalang penglihatan.. di hadapannya terpampang seberkas mangkuk usang berisi wang ringgit beserta syiling...
pergolakkan simpati aku meningkat apabila terpandang wajah sayu tak berupaya... dirinya aku hampiri... kulihat dari atas ke bawah, memang orang ini perlukan belas kasihan orang ramai kerna kecacatan diri jadi batu penghalang dalam hidupnya untuk memperoleh sebarang kerja halal mahupun yang haram...
tangan menyeluk masuk ke saku bontot kanan levi's golok aku, not merah dari dompet aku keluarkan... dengan hati tulus serta ikhlas, aku letakkan perlahan ke dalam mangkuk...
si buta ukirkan senyuman... mendongak kepalanya dan tepat memandang ke arah aku seraya bersuara," terima kasih ye nak..." sebelum kembali tunduk,sopan...
dek kerana dia sedar kehadiran aku serta tahu pula usia aku, aku haramkan pemberian aku tadi... matilah kau si buta dilanggar kereta...
No comments:
Post a Comment