Berikut ini ialah jawapan automatik yang anda akan dengar di Penyedia Talian Komunikasi U-Sewel
Harap maaf, Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Kemungkinan anda tersalah dail. Sila dail betul-betul jangan main hentam jer. Terima kasih
Nombor yang anda dail sudah menjadi arwah akibat tuannya kedekut untuk top up hingga tamat laluan. Jika anda terjumpa orang ini sila pesan kepada dia lain kali topup lah telefon jangan hp jer canggih tapi tiada isi. Sekian terima kasih
Harap maaf. Orang yang anda hubungi mengatakan dia tengah tiada sekarang. Sila call kemudian nanti atau tinggalkan pesanan selepas tone ini. Atau tinggalkan duit ker barang berharga ker. terima kasih
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi ketika ini. Orangnya sedang off hp atau silence hp sebab dia sedang berdua-duaan dengan pasangannya di dalam semak ketika ini. Tak tau perempuan ker lelaki ker pasangannya tu. Kalau terjumpa dia pesan sikit suruh bertaubat jangan tau buat jer.
Nombor yang anda hubungi terlalu panjang sila pendekkan dan cuba sekali lagi. Jika tak dapat juga sila sederhanakan nombor anda. Sila semak jika nombor yang anda dail mengandungi huruf atau tulisan jawi.
Harap maaf. Had kredit anda kurang daripada RM10 tidak dapat buat panggilan. Sila top up semula sebanyak RM30 atau lebih lebih sikit. Yang lebih tu sedekahkan lah kepada kami. Semoga talian anda tidak akan putus begitu juga dengan rezki anda.
Harap maaf nombor ini adalah kepunyaan seorang wanita cantik. Anda tidak dibenarkan untuk menelefon atau sms dia arahan dari bapanya. Bapa dia kalau nak ngorat anak dia sila gunakan Iphone, samsung galaxy atau Ipad terkini.
Pelanggan-pelanggan yang dihormati. Pada ketika ini talian agak sibuk sekali. Kita tunggu hingga semua orang habis kredit supaya talian clear kembali. Hari ini hari cuti ramai pasangan bercengkerama guna talian kami.
Pelanggan yang dihormati. Kami memohon maaf kerana server kami ketika ini terkena gangguan makhluk halus yang dihantar menggunakan sms. Kami tengah cari bomoh canggih untuk menyelesaikan masalah gangguan tersebut.
syabas kredit anda telah dipotong sebanyak sepuluh peratus untuk didermakan kepada insan memerlukan. Kalau anda hati mulia sila top up lagi banyak banyak untuk mendapatkan potong yang lebih besar.
Nombor yang anda dail ada dalam perkhidmatan kami tapi kami buat bodoh jer. Sebab nombor yang anda dail ini nombor penjenayah peragut, penyamun perogol peliwat pengasih dan peraba.
Tahniah! SIM anda telah memenangi hadiah bernilai RM1 juta. Malangnya sebagai terma dan syarat, jumlah wang tersebut didermakan semula ke syarikat kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih lancar. Siapa senang cakap ngan awek nanti kamu dan semua kamu juga.
Harap maaf saudara. Saudara tidak boleh membuat panggilan mau pun sms mms kerana SIM ini adalah nombor curi. HP pun kamu baru curikan. Paling teruk lagi kamu cuir hp ini dari bilik asrama blok sebelah.
No comments:
Post a Comment