muhabbah...


Iaitu kasihkan Allah swt dengan mengingatiNya
pada setiap masa dan keadaan.
Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan
segala perintahNya dan berusaha mendampingkan
diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan
bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta
perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.


Antara tanda-tanda seseorang itu mengasihi Allah

1. Mendahulukan segala suruhan yang disuruh oleh Allah daripada
perkara yang diminati oleh hawa nafsunya.
2. Suka kepada mati.
3. Benci akan dunia ertinya tidak cenderung kepada keduniaan.
4. Memperbaiki kekurangan dirinya.
5. Suka hatinya apabila dapat beribadat.
6. Tidak pernah timbul di hatinya perasaan marahkan Allah.
7. Rindu untuk bertemu dengan Allah.
8. Redha akan segala takdir Allah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah,
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Fatihah)

No comments: