Tips Motivasi Hari Ini: jaga solat.
Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat.
Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ; Kepentingan solat
- Kelebihan solat
- Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
- Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
- Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
- Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
- Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
- Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.
3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat.
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.
5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.
6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini?
Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!
7. Selalu Ingat Kematian
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
p/s: Moga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada kita semua dan semoga ia sama-sama diamalkan. InsyaAllah.
---
dipetik dari:
http://motivasisantai.com
KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DLM ISLAM
Objektif :
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.
Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat abu Daud
Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.
Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….
Gesaan Aqiqah :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.
Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah :
Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.
Melindungi diri dari gangguan syaitan.
Bercukur rambut.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Khurafat yang perlu ditinggalkan.
Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.
Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :
Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.
Riwayat Abu Daud
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.
Antara faedah berkhatan adalah :
Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.
Membersihkan diri dari kekotoran.
6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.
Imam As-Syafie berkata
“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.
Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Amalan Romantik Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
Lupa selawat, abai ibu bapa termasuk dalam golongan rugi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.” (Surah Al-Hadid, ayat 20)
Walaupun manusia tahu dunia yang sementara ini penuh dengan tipu daya syaitan, namun sudah menjadi kelaziman mereka cenderung kepada hal keduniaan dan berlumba memilikinya. Sebilangan kecil saja berjaya melawan godaan nafsu dan mengetepikan pujukan syaitan.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, dinyatakan ada tiga golongan manusia yang kecewa dan rugi ketika hidup di dunia, pertama, mereka yang apabila nama Baginda disebut tidak mengucap selawat.
Golongan kedua yang kecewa dan rugi apabila berkesempatan hidup bersama kedua-dua orang tuanya, tapi tidak sampai mampu masuk syurga dan ketiga, mereka yang berkesempatan hidup pada Ramadan tapi dosanya tidak terampunkan. Begitu jadinya apabila kesempatan yang diberikan Allah kepada manusia semasa hidupnya tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Contohnya, golongan pertama, alangkah mudahnya untuk mendapat pahala tetapi kerana tidak tahu atau sengaja mengingkarinya, maka hidup kecewa dan rugi. Sukar sangatkah untuk berselawat kepada Rasulullah SAW.
Dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat saat disebut nama Nabi Muhammad, maka pahala dan syafaat daripadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang berilmu pasti tahu bahawa kelak nanti di akhirat ada suatu masa di mana semua manusia akan mencari syafaat Nabi Muhammad. Orang yang terbiasa membaca dan memperbanyak selawat kepada Rasulullah pada masa hidupnya tentu akan mendapat keutamaan atas syafaatnya. Orang yang tidak berilmu tidak memahami hal itu sehingga mereka lalai dan tidak melakukannya.”
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Ego Dan Dendam
Pernahkah kita sampai ke tahap langsung tidak merasa bersalah dan menyesal melakukan dosa atau jenayah?
Jika itu yang berlaku, awas kerana semua itu adalah tanda hati terlalu 'berkarat' dan mati.
Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan.
Perjalanan hidup yang diatur hanya mengikut kemahuan syahwat sendiri. Orang yang mati hatinya tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.
Bahkan, ada berbangga mereka bercerita perbuatan maksiat yang mereka lakukan seperti rogol-bunuh-bakar, berzina, menipu, rasuah dan berbuat zalim kepada orang lain.
Tidak hairanlah jika ada golongan yang sanggup membunuh sesama manusia, ayah menodai anak kandungnya sendiri, ibu mendera anak sehingga mati serta pelbagai perbuatan terkutuk lain tanpa rasa berdosa.
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika baik, baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
Setiap dosa dan maksiat yang dilakukan maka akan tumbuh satu titik hitam dalam hati mereka.
Perkara itu jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Jelas sekali perwatakan golongan yang hati mati itu melalui sikapnya yang kejam, kasar dan tidak berperikemanusiaan.
Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati.
"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia".
Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis.
Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang.
Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan.
'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya.
Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina.
Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah.
Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup.
Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf ayat 179).
Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.
Perunding Motivasi dan penceramah, Mohd Zawawi Yusoh, berkata hati yang mati akan menghilangkan rasa ketuhanan dalam diri seseorang.
"Sebab itu, mereka tergamak melakukan pelbagai jenayah dan salah laku yang bertentangan dengan agama akibat hati yang tidak ada tindak balas terhadap kebaikan.
"Jika terus membiarkan diri bergelumang dengan maksiat ia akan menjadi penghalang utama amalan tidak diterima Allah," katanya.
Mohd Zawawi berkata hati juga mempunyai beberapa sifat antaranya hati keras, degil dan berat untuk melakukan amal kebaikan.
"Hati mati paling dahsyat kerana membuatkan manusia hilang sifat kemanusiaan dan belas ihsan. Tidak hairan ada sanggup merogol anak atau adik sendiri, membunuh dengan kejam atau mendera isteri dan kanak-kanak.
"Rezeki haram menyumbang 'kematian' hati. Ia juga melahirkan individu yang berpenyakit," katanya.
Beliau berkata, makanan hati adalah ilmu. Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.
"Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar," katanya.
Beliau berkata, orang yang banyak dosa doa mereka tidak diterima malah akan merosakkan.
"Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan," katanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).
Mohd Zawawi berkata, bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.
"Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan," katanya.

8 penyebab anda lupa
Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.
Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.
2. Kurang berehatOtak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.
3. BerdengkurBerdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.
Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.
Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.
4. Metabolisme menurunJika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.
5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.
6. Mengalami depresiPenderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.
Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.
7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
8. Terlalu banyak mengambil ubat
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.
akhlak yang baik..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang
paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu
ialah mereka yang paling baik kepada isterinya.”
(Riwayat Abu Daud)
1.Seorang mukmin yang sebenar akan melakukan kebaikan terhadap manusia
tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan daripada Allah swt
2.Perbuatan baik yang ikhlas adalah yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.
3.Akhlak yang mulia menandakan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Oleh itu umur
yang berkat ialah orang yang hidupnya dipenuhi dengan jasa bakti dan
kebaikan yang menjadikan masyarakat di sekelilingnya sayang terhadapnya
dan merasa kehilangan apabila ketiadaannya. Bak kata pepatah”harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
4.Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri akan kekal bahagia
jika di antara satu sama lain saling hormat-menghormati serta kasih mengasihi
di antara satu sama lain. Mereka akan disayangi oleh anak-anak dan kaum
keluarga.
Sumber: JAKIM
AKU MENYINTAIMU ( ? )
Betapa besar cinta dan sayang seorang ibu, demi seorang anak, dia sanggup berjaga malam, tidurnya hanya tidur-tidur ayam.
Mimpilah apa sahaja; baik mimpi yang menakutkan, mimpi hiba yang mengalirkan air mata, atau mimpi indah bulan jatuh ke riba, tangisan seorang anak di tengah malam pasti membangunkan seorang ibu dari terus diulit lena. Lalu dia bersegera mendapatkan anaknya, menenangkannya agar si anak kembali melelapkan mata.
Namun, diri ini menginsafi tatkala membaca bait-bait bermakna ini :
عَنْ عُمَرَبْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَدِمَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِسَبِيٍّ فَاِذَاامْرَأَةٌ مِنَ السَّبِيِّ تَبْتَغِى اِذَا وَجَدَتْ صَبِيًّا فِى السَّبِيِّ أَخَذَتْهُ فَاَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ فَقَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرَوْنَ هَذِهِ اْلمَرْأَةَ طَارِحَةً وَلَدَهَا فِى النَّارِ قُلْنَا لاَ وَاللهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَللهُ اَرْحَمُ مِنْ هَذِهِ بِوَلَدِهَا
Maksudnya : Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” ( Hadis Sahih riwayat Muslim no.4947 )
Sungguh, kasih ALLAH Maha Indah, sayang ALLAH nyata terserlah,
Namun, sering diri ini bertanya sendiri…
"Andai ingin beroleh cinta ALLAH, lafaz yang diungkap tidak semudah melaksanakan…
Kerana, menyintai-NYA memerlukan sebuah ketulusan,
Mengasihinya memerlukan sebuah pengorbanan,
Menyayangi-NYA memerlukan sebuah kesetiaan
Menuntut tanggung jawab, menagih pembuktian.”
Bisikan keimanan berbicara kepada diri…
Andai ketika bersedekah dan menghulurkan derma, dirimu merasa lebih mulia dari golongan yang menerima, sedarlah jiwamu sebenarnya masih belum tulus melakukan itu kerana TUHAN Yang Maha kaya,
Andai pakaianmu yang sempurna menutup aurat hanya mencetuskan rasa sombong dan bangga diri, sedarilah jiwamu sebenarnya masih jauh untuk beroleh reda-NYA,
Andai kemahuan diri lebih dituruti berbanding tuntutan ILAHI, sedarlah bahawa jiwamu masih jauh dari taat dan setia melaksanakan perintah-NYA.
Tanggungjawabmu kepada-NYA, masih culas, nafsu amarahmu masih bebas…
Bagaimana mampu kau buktikan cinta untuk-NYA yang telah kau lafaz...
Aku menyintaimu ( ?)
Lalu, layakkah menyatakan cinta sedang sikapmu umpama menanam tebu di pinggir bibir…manis meluahkan kata-kata, tetapi bicara hanya tinggal bicara, tidak terlaksana.
Lantas, tangan ini diangkat ke langit yang tinggi, nurani berseru dengan nama ILAHI Rabbi…
Wahai TUHAN Yang Maha pengampun, hamba-Mu datang untuk mengadu dan memohon...
Atas setiap derap langkah yang tidak terlepas dari silap dan salah,
Atas setiap butir kata yang selalu melangkaui sempadan agama,
Atas setiap bisikan hati yang iri dan dengki,
Atas ketulusan, pengorbanan dan kesetiaan yang masih dipersoalkan..
Diri ini terlalu banyak dosa dan noda…
Keampunan-MU ku pinta…
Cinta dan reda-MU kudamba.

JENIS CAKAP..
- Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
- Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
- Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
- Takut takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah.
Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."
Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan saperti berikut:
- Golongan cakap merapu
- Golongan peramah
- Golongan kaki cakap
- Golongan cakap pejuang
- Golongan cakap politik
- Golongan cakap orang pendiam
- Golongan cakap sombong
- Golongan cakap biasa biasa aje
- Golongan cakap cakap nak perdaya
- Golongan petah bercakap
- Golongan cakap hendak tunjuk pandai
- Golongan cakap cakap kotor dan lucah
- Golongan cakap maki maki
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
- Bercakap perkara yang perlu sahaja
- Bercakap yang terpaksa
- Bercakap kerana kewajiban
- Tidak suka bercakap
- Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
- Bercakap yang menggoda.
Subscribe to:
Posts (Atom)