akal..

image.png

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita,
bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah,
matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam
yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam
kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita.
Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki;
contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada
sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada
malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka
mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara.
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa sudah
jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa
batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak mengguna-
kan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa
masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal telah
hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah, lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir
berkubur. Apa akan terjadi?

No comments: