Mengapa begitu?
Walhal majoriti mengaku sebagai Muslim, namun tabiat sebahagian Muslim ini terbukti biadab dari penyelidikan.
Seharusnya Umat Islam patut beradab lagi kerana mengaku Umat Nabi Muhammad. Adakah kerana qualiti didikan ibubapa mereka ini banyak kekurangan?
Katakanlah kita menolak penyelidikan tersebut.
Biarkan saya beri 3 contoh yang berlaku pada diri saya sendiri:
1. Semasa saya menaiki komuter hala ke Subang Jaya, kelihatan 3 orang warga emas berumur 60an berdiri berhempit-hempit. Saya lihat yang duduk dikerusi kesemuanya orang muda MELAYU. Setelah meminta mereka dengan nasihat yang baik tapi degil, saya terpaksa mengarahkan mereka bangun dengan nada yang lebih tinggi, barulah mereka bangun dan mengizinkan orang tua-tua ni duduk. Generasi yang suka fikir diri sendiri semakin menular hasil dari kurang pendidikan ibubapa mereka dan dari budaya setempat.
2. Semasa saya pulang dari Subang Jaya naik komuter, kelihatan ramai berdiri tapi ada satu kerusi kosong disebelah seorang Ustadz yang sibuk menyemak kertas peperiksaan subjek agama Sekolah Sungai ...... . Rupa-rupanya kerusinya diletakkan beg. Bila saya bertanya ingin duduk, dia kata kerusi sebelahnya khas untuk letak begnya. Saya kata, dia perlu letak begnya di bawah. Dengan muka berubah masam, lalu dia hempas begnya ke bawah. Orang lain disitu tersengah-sengeh. Mungkin sejak dari awal lagi dia tak mengizinkan sesiapapun duduk sebelah. Saya sangat malu dengan perangai Ustadz ini yang berserban dan berjubah ni. Amat meng-aibkan Agama Islam dengan akhlak buruk. Kerana apa saya katakan dia meng-aibkan Agama Islam? Sebab dia mengitiharkan Keislamannya dengan simbol pemakaian sebegitu tapi perangainya lebih mempertontonkan kaum jahiliyah yang biadab.
3. Kini bukan sekadar ketika solat Jumaat sahaja umat Islam lelaki yang parking sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna jalan di sesetengah kawasan, malahan tiap-tiap malam sepanjang Ramadan ketika Solat Isya' dan taraweh. Nabi dah sebut bahawa pahala terkecil ialah membuang kayu atau batu yang menghalang jalan. Sebaliknya pulak, sekumpulan Umat Islam ni dengan sengaja menghalang jalan. Sambil solat taraweh agar dapat pahala untuk diri sendiri, namun buat dosa kepada pengguna jalan lain.
Ada banyak lagi contoh tapi bukan kerja kita nak bentang buruk orang.
Ramai yang terlupa agaknya bahawa Agama Islam BUKAN SEKADAR percaya dan mengaku 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Agama Islam berkaitan kuat dengan keadilan, iaitu perbuatan kita terhadap orang lain.
KEADILAN dan BERLAKU BAIK TERHADAP ORANG LAIN adalah hasil penghayatan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman sendiri.
Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendidik diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga dengan akhlak yang mulia.
No comments:
Post a Comment