apatah lagi sekiranya berkesempatan menjelajah ke luar negara.
Banyak yang dapat kita lihat dan jadikan satu pengalaman juga
sebagai sandaran bagi tujuan hidup ini, apakah yang perlu kita
lakukan sepanjang hidup ini sebelum tiba masa untuk pergi dari
dunia ini buat selamanya.
Entry kali ini aku berkesempatan mencorekan setelah bercuti raya.
Bagi aku setiap kali syawal tiba aku akan bercuti oleh kerana tiada
lagi kampung halaman untuk pulang beraya. Hari raya pertama aku
beraya di Malaysia. Bagi aku kemuncak kemeriahan hari raya
dapat bersolat sunat hari raya bersama umat islam yang lain.
Jam 7.30 am aku sudah berada di mesjid, aku disambut dengan takbir
raya. Betapa sayunya hati menitis air mata. Hampir satu jam barulah
solat sunat bermula. Ramai yang hadhir sehingga di perkarangan
mesjid penuh. Apa yang dapat aku lihat hampir separuh warga asing
yang menunaikan solat, dan ada juga warga Malaysia yang memakai
uniform ketika bersolat. Ya! walaupun mereka bertugas tapi masih
dapat menunaikan solat hari raya. Selepas selesai solat aku terus
menuju ke pusara, Keadaan di tanah perkuburan itu agak bersih dari
hari biasa, saban minggu aku ke pusara dan seminggu sebelum hari
raya tiba aku terserempak dengan pekerja Propel sedang membersih-
kan kawasan perkuburan. Hari ini aku dapati ramai keluarga yang
menziarahi pusara dengan berpakaian cantik. ( jangan jadikan amalan
ziarah kubur hanya pada hari raya, bila-bila masa boleh kita lakukan,
apa yang di dapati pewaris akan datang sebelum menjelang hari-raya
akan membersihkan kubur dan membalut batu nisan dengan kain
putih).
Dari apa yang mahu aku perkatakan di sini betapa di Malaysia ini
kita masih dapat menunaikan solat di mesjid dengan selesa dan
aman dari ansir-anasir jahat yang mana berlaku kekacauan,dilanda
musibah dan bermacam-macam lagi peristiwa yang mana menjadi
penghalang. Bersyukur bagi penduduk di Malaysia.
Selagi Allah swt menyayangi kita selagi itulah kita dapat rahmat dari-
Nya. Sepanjang penerbangan menuju destinasi, sekiranya di Malaysia
dapat kunjung berkunjung ke rumah teman-teman. Tapi budaya di sini
sehingga sepanjang bulan syawal masih dapat ziarah rakan-rakan
dengan menikmati pelbagai juadah yang enak-enak.
Di Malaysia mewah dengan juadah yang di sediakan dari awal ramadan
hinggalah tiba syawal, ada yang sampai berhabisan semata-mata untuk
persedian hari-raya. Semuanya mahu yang baru bagi sesetengahnya
menganggap seperti satu keperluan ataupun kepentingan. Dan ada
juga yang membeli kereta baru untuk hari raya. Ini terjadi pada seorang
rakan aku, sedangkan kereta beliau masih baik yang hanya beberapa
tahun di beli. ( tidak perlu semuanya perlu di tukar baru)
Mungkin dalam mengharungi hidup ini kita kira semua insan-insan yang
lain hidup seperti kita yang mampu memiliki apa yang kita mahu. Pernah
satu ketika dulu aku tulis sebuah kisah benar tentang kemiskinan
sebuah keluarga yang mencari rezeki dengan membongkar sampah-
sampah, tapi apa yang aku dapat maklum balas, ada yang tidak percaya
cerita aku itu yang kononnya hanya rekaan semata-mata. Mereka telah
biasa hidup mewah dah tidak pernah buat tinjauan di tempat-tempat yang
tertentu yang mana sepatutnya kita kena peka dengan keadaan sekitar.
Aku pun tidak salahkan mereka sebab aku punyai rakan yang sentiasa
dipantau oleh keluarga, sehingga ke sekolahpun ada pengawal peribadi
yang mengawal sebab pernah beberapa kali cubaan menculiknya. Satu
ketika berada di sebuah pusat membeli belah beliau hampir di kidnap,
tetapi bodyguard sempat menembak kaki penculik.(telah pun disiarkan
melalui groups). Inilah antara mereka yang tidak tahu yang mana masih
ada kemiskinan di persekitaran.
Budaya berbuka puasa di luar sudah menjadi trend, sekiranya berbuka
di hotel-hotel biasanya rm80++. Yang ada kemampuan tiada masalah
untuk berbuka di sana. Mewah dengan pelbagai makanan. Di restauran
juga telah mengadakan berbuka puasa secara buffet yang mana paling
murah rm35 seorang. Apa yang aku perhatikan banyak makanan yang
tidak habis di makan, sebelum berbuka makanan penuh satu meja
ikut nafsu, tapi akhirnya makanan lebihan banyak yang tertinggal di meja
masing-masing.
Aku telah dijemput oleh sebuah syarikat majlis berbuka puasa bersama
kaki tangan mereka. Apa yang aku perhatikan makanan yang disediakan
lebih mewah dari di Hotel 5/6 bintang. Kambing bakar ada beberapa ekor
yang sedang dipanggang. Yang mana akhirnya banyak makanan yang
tidak habis.
Berbuka puasa di mesjid lebih seronok dengan buah kurma dan bubur
lambok kemudian selepas solat terawih ada jamuan moreh, pelbagai
makanan ada, yang mana disediakan oleh penduduk bergilir- gilir dari
hari pertama hinggalah sampai hari akhir. Kini ramadhan telah berlalu
meninggalkan kita semuga bertemu lagi ditahun hadapan sekiranya
diizinkan Allah swt.
Sebagaimana kita mengharapkan kasih sayang dari Allah swt, begitulah
kita kena prihatin dan perasaan kasih sayang perlu kita pupukkan
sesama insan, Hulurkan bantuan seadanya samada harta, tenaga atau
doa-doa kepada mereka. Hanya sampai di sini coretan dari aku, pohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Semuga dengan berlalunya
Ramadhan dan datangnya Syawal memberi nafas baru bagi kita semua
melakukan segala ibadah yang baik bagi membaluti zahir dan bathin.
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah"
(Ali Imran:103).
No comments:
Post a Comment