Sesiapa Saja Boleh Terbang (F.O.C)

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke destinasi atau sebuah negara lain iaitu Kubur & Akhirat.



Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan ataupun internet, tetapi melalui Al-Quran & Al-Hadith.



Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia, MAS atau Air Jordan, tetapi melalui Al-Jenazah.



Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas kesudian Pencipta kita.



Dimana bajunya bukan Polo Hackett, Esprit atau setaraf dengannya, tetapi hanya kain kapas putih.



Dimana pewanginya bukan Hugo Boss atau Giorgio Armani, tetapi air mawar dan cendana.



Dimana I.C/pasport kita bukan Malaysia, British atau Amerika, tetapi Al-Islam.



Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi adalah untuk selama-lamanya.



Dimana pelayannya bukan pramugari yang cantik jelita, tetapi Izrail & lain-lain.



Dimana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.



Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA, KKIA, Heathrow Airport, tetapi Tanah Perkuburan.



Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam yang gelap gelita.



Dimana pegawai imegresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar & Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau Langkawi, tetapi samada Syurga atau Neraka.



Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh dimana destinasi terakhir samada Syurga atau Neraka.



Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya adalah percuma, jadi semua simpanan anda tidak akan dihabiskan.



Penerbangan ini tidak akan dirampas. Oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.



Jangan risaukan 'delayed', penerbangan ini sentiasa tepat pada waktu, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.



Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.



Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.



Ya berita baik!! Jangan bimbangkan siapa yang akan duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh, dan sekiranya anda boleh.



TAPI INGAT!! Penerbangan ini datang tanpa AMARAN, dan nama anda telahpun ditempah untuk penerbangan ini.



Adakah kita sudah bersedia untuk berangkat?? Sudahkah anda bersedia untuk penerbangan ini??.

No comments: