Ingat Mati

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perbanyakkanlah meningati hal yang dapat menghancurkan segala kelazatan.” Ertinya, keruhkanlan semua bentuk kenikmatan dengan meningati mati, sehingga hilanglah kecondonganmu kepada kenikmatan itu dan hanya menghadap kepada Allah S.W.T.



Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Seandainya binatang – binatang itu mengetahui tentang kematian seperti apa yang diketahui oleh anak cucu Adam, tentu kamu tidak akan makan lemak daripada mereka.”



Aisyah R.A bertanya ,” Ya Rasulullah, apakah ada seseorang yang akan dihimpun bersama orang – orang yang mati syahid?” Beliau menjawab, “Ya, iaitu orang yang mengingati mati dua puluh kali dalam sehari semalam.”

Sebab – sebab keutamaan ini tidak lain kerana sesusungguhnya meningati mati dapat mendorong sesorang untuk menjauhkan diri dari perkampungan dunia yang menipu dan menuntutnya untuk persiapan menuju keakhirat.Sedang lupa terhadap kematian mendorong sesorang tenggelam didalam berbagai kesenangan dunia.



Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “hadiah bagiseorang mukmin adalah kematian itu.” Baginda bersabda dengan sabda Rasulullah itu tidak lain kerana dunia penjara orang – orang mukmin. Sebab tidak henti – hentinya dia akan menghadapi kesulitan disana, dia harus menghadapi nafsunya,mengekang keinginanya, dan menolak syaitannya. Lalu kematian membebaskanya dari seksaan ini . Pembebasan itu suatu hadiah baginya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “kematian dapat melebur dosa bagi setiap orang islam.” Maksud beliau dengan orang islam di sini adalah orang Islam yang sejati dan orang mukmin yang benar. Iaitu orang Islam yang selamat dari lidah dan tanganya yang nyata dalam dirinya sifat – sifat mukmin dan tidak kotor dengan maksiat – maksiat kecuali dosa – dosa kecil pula. Jadi kematian akan menyucikanya dari dosa – dosa itu dan meleburnya setelah dia menjauhkan dosa – dosa besar dan melaksanakan kewajipan – kewajipan.



Atha Al – Khurayani berkata, “ Rasulullah pernah melalui sebuah majlis yang telah dipenuhi gelak tawa.” Baginda bersabda, “isilah majlismu dengan mengingati hal yang membuat keruh segala bentuk kelazatan.” Mereka bertanya, “Apa yang membuat keruh segala bentuk kelazatan.” Beliau menjawab, “ Kematian”.



Anas R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana hal ini dapat membersihkan dosa dan mendorong sikap zuhud terhadap dunia.” Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “kematian sudah cukup sebagai hal yang dapat menyebabkan perpisahan,” Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Cukuplah kematian sebagai suatu yang memberi nasihat.”.



Rasulullah S.A.W pernah keluar ke masjid, beliau mendapati sahabat – sahabat sedang berbincang dan tertawa. Beliau bersabda, “Ingatlah mati, Demi Tuhan jiwaku ditanganNya, seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sikit ketawa dan banyak menanggis.”

No comments: