Pada suatu hari, Malaikat Izrail datang menemui Nabi Daud a.s.. Malaikat Izrail tugasnya adalah mencabut nyawa setiap makhluk Allah yang sudah ditentukan ajalnya.
“Si polan akan meninggal dunia enam hari lagi.” Kata Malaikat Izrail kepada Nabi Daud a.s.. Si polan yang disebutkan Malaikat Izrail itu adalah salah seorang dari Bani Israel. Bani Israel adalah kaum Nabi Daud a.s..
Enam hari kemudian, si polan ternyata masih hidup. Nabi Daud a.s. kehairanan, Tidak mungkin Malaikat Izrail berbohong. Rasanya Nabi Daud a.s. juga tidak salah mendengar bahawa si polan akan meninggal dunia enam hari lagi. Tetapi selepas tempoh enam hari, masakan dia masih hidup lagi?
Kemudian Malaikat Izrail datang lagi menemui Nabi Daud a.s..
“Mengapa si polan itu masih hidup setelah enam hari sejak kau katakana kepadaku?” Tanya Nabi Daud a.s.
“Sebenarnya aku sudah akan mencabutnyawanya sesuai dengan waktu yang ditentukan Allah. Tetapi kemudian, Allah memerintahkan aku menundanya.” Jawab Malaikat Izrail.
“Mengapa?” Tanya Nabi Daud a.s. lagi.
“Sejak aku mengatakan hal itu enam hari yang lalu, si polan berubah perangai. Dia menyambung tali persaudaraan yang selama ini telah terputus. Dia mengunjungi saudara-saudaranya yang jauh, sahabat kenalannya dan orang-orang yang seiman dengannya. Oleh kerana itulah, Allah memerintahkan kepadaku untuk memberi dua puluh tahun lagi kepadanya.” Jawab Malaikat Izrail.
Gara-gara menyambung tali persaudaraan, si polan mendapat tambahan umur selama dua puluh tahun. Selama waktu itu, tentunya dia boleh menambah amal baiknya. Beruntunglah si polan yang suka menjaga silaturrahim.
No comments:
Post a Comment