Pertama : Pandangan mata
Pandangan inilah yang harus kita jaga sebelum yang lainnya. Hal ini mengingatkan bahawa orang yang tidak mampu menjaga pandangan matanya akan membawa ke bawah(shahwat dan zina) iaitu akan menimbulkan kerosakan yang diakibatkan untuk berzina.Jika seseorang membiarkan pandangannya liar, maka akan membuatkan nafsu ini berkeliaran sehingga membuatkan keinginan menjadi liar dan pada saat itu seseorang akan terjerumus ke dalam jurang kehancuran.
Nabi s.a.w bersabda “janganlah kamu turuti matamu memandang ke semua arah, kerana mata bagimu adalah sesuatu yang paling utama bukannya sesuatu yang tidak perlu kerana semua kehancuran bermula daripada mata.”
Kedua : Keinginan Hati
Keinginan pada dasarnya sangatlah mustahil untuk kita hilangkannya yang memungkinkan kita berlakunya perbuatan baik atau buruk.Ini bermaksud keinginan itu merupakan kekuatan ke arah tindakan positif atau negatif.Oleh yang demikian,orang yang tidak memiliki keinginan tidak kan berjaya menggapai cita-citanya.Siapa yang mampu menjaga keinginannya untuk kebaikan nyatalah dia mampu mengendali dirinya, menahan hawa nafsunya dan menghindarkan dirinya daripada keburukan,kebinasaan dan kehancuran.
Ketiga : Dorongan akal fikiran
Dorongan atau keinginan yang mendorong akal fikiran tidak akan melebihi keinginan yang ada di dalam hati sanubari.Oleh yang demikian, datangnya syariat, datangnya kemaslahatan dunia dan akhirat hanya bergantung kepada akal dan fikiran.Semakin agung dan tinggi akal fikiran,semakin sempurna dan berguna kehidupan seseorang.
Keempat : Mengikut hawa nafsu
Allah menyusun jiwa manusia kepada dua bahagian :
1. Nafsu amarah iaitu nafsu yang selalu mengajak kepada keburukan.
2. Nafsu mutma`innah iaitu nafsu yang selalu yang mengajak kepada kedamaian.
Keduanya selalu tarik menarik.Jika salah satu terasa berat,maka yang satu lagi tentu lebih ringan.Jika nafsu mutma`innah berat,maka nafsu ammarah ringan, begitu juga sebaliknya.Kedua-duanya dapat dirasakan jika seseorang telah melalui dan merasakannya.Ramai manusia yang terlena, baik nafsu amarah mahupun nafsu mutma`innah,akan tetapi nafsu ammarah lebih cenderung kepada keburukan kerana ia mudah memujuk manusia.Sedangkan nafsu mutma`innah akan terasa nikmat apabila pelakunya membiasakan diri dengan memaksa jiwanya untuk mengingati jalan yang lurus.
Kelima : Pergaulan bebas
Faktor ini banyak menyumbang ke arah berlakunya perzinaan. Ia bermula dari peringkat sekolah rendah dan peringkat universiti dan ketika bekerja.Jika tidak menjaga batasan aurat serta tutur kata boleh menyumbang ke arah berlakunya perzinaan.
Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiyyah al Aulad menyebut,”Pada hari ini,percampuran antara lelaki dan perempuan Islam telah berlaku di sekolah dan pejabat.Kononnya percampuran ini akan memurnikan perasaan semulajadi di samping melepaskan tekanan hawa nafsu dan menjadikan pertemuan antara lelaki dan perempuan merupakan perkara biasa.”
Keenam : Berkhalwat atau berdua-duaan
Hal ini menyumbang kepada timbulnya nafsu berahi kerana sering bertemu.Ibnu Qayyim berkata,”Bahkan tidak jarang orang yang selalu mendekati Allah s.w.t dan beribadat juga tergoda utnuk melakukan perbuatan zina,padahal sebelumnya dia benar-benar menjauhi perkara mungkar apatah lagi mendekati zina.Namun,kerana sering bersama,akhirnya teringin untuk melakukan perzinaan yang akhirnya dia bagaikan haiwan yang menuruti nafsunya tanpa mengawalnya.Secara tidak langsung orang yang melakukan perzinaan sikapnya bagaikan haiwan.”
Ketujuh : Pengaruh media massa
Sheik Abdullah Nasih Ulwan menyebut sebab yang membawa kepad penyelewengan anak serta keruntuhan akhlak.Antaranya,
* Seorang bapa yang membiarkan anak-anaknya menonton televisyen yang penuh dengan gambaran syahwat atau isi-isi yang berunsur lucah,pastinya anak-anak akan terdidik dengan sifat tidak berkeperibadian dan akan dibiasakan dengan sifat-sifat terbuka tanpa pegangan.Keadaan ini akan menyebabkan segala pengertian kemuliaandan peradaban islam yang mulia.
Imam Al Bukhari dalam sahihnya daripada Amr Ibn Maimun al Audi berkata,”Pada masa jahiliyah,aku pernah melihat seekor kera berzina dengan kera yang lain.Kemudian semua kera mengerumuni mereka berdua yang sedang berzina dan melemparinya dengan batu hingga mati kedua-duanya.”
Kemudian Imam al Bukhari menceritakan bahawa perbuatan zina adalah perbuatan zina sehina-hina perbuatan bagi manusia kerana perbuatan itu menyebabkan kebinasaan dan kehancuran.Kesan di dunia ini menyebabkan seksa yang sangat pedih dan penderitaan akhirat yang tidak ada batasnya.
Semoga kita dan keturunan kita dipelihara daripada bala zina ini.
No comments:
Post a Comment