BAKHIL

 

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya
tergolong sebagai perbuatan orang munafik. Bakhil bermaksud seseorang merasakan
sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain.Sebahagian
ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk
mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.

Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggung
jawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan
sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat, enggan membayar akat.Perbuatan
ini amat dikutuk dalam islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t
kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi
kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan
di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran:180)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"Takutlah terhadap kezaliman, sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.
Takutlah terhadap bakhil, sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum
kamu, ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-
perkara yang diharamkan ke atas mereka."
(HR.Muslim dari Jabir r.a)

"Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti."
(HR.Ahmad)

Islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin dengan jalan
yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan
secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil, maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr:9)

No comments: