Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As r.a, katanya,
“Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak
pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang
yang mulia akhlaknya.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
1. Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara
dari sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.
2. Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah
dan mereka diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang
tinggi di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua
sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan
menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa
ke semasa.
No comments:
Post a Comment