Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal
dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah
bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati
perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan
suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila
suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah
dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak
pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian
barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam
telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang
mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat
pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar
mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz
dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh
syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa
penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah
adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah
tangga akan sentiasa aman dan bahagia.
No comments:
Post a Comment