mencaci maki...

 

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang
dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap
demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu
pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah swt yang bermaksud;
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu
yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan
yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan.
Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar
dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah swt yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci ) suatu kaum yang dihina itu
lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka
berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina
atau menganiaya. Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku
jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari
gangguannya menyakiti."
(HR.Muslim)

No comments: