Assalamualaikum WBT,
Pada ketika ini saya sedang berada di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya membawa anak bongsu yang hampir dihidrasi kerana cirit birit yang agak teruk. Kerana keadaannya agak lemah, selepas triage terus sahaja masuk kedalam wad kecemasan untuk diperiksa oleh doktor.
Bukan keadaan anak saya ingin saya coretkan, tapi bila saya duduk di ruang menunggu wad kecemasan sementara menunggu anak saya menerima rawatan, ada juga pesakit yang tidak boleh dikategorikan dalam keadaan kecemasan datang utk kesini. Jadi, apa fungsi jabatan kecemasan jika boleh berjalan dengan segak dan dress-up macam nak pergi tengok wayang tapi boleh dtg utk menerima rawatan di wad kecemasan.
Jadi apakah kategori pesakit yang sesuai dan boleh datang ke wad kecemasan agar tidak mengganggu tugas doktor yang sedang memberikan rawatan kepada pesakit yang benar-benar perlukan rawatan. Berikut adalah kes-kesnya :-
1. Sakit dada secara tiba-tiba, berterusan & kuat.
2. Kesukaran bernafas @ Asthma
3. Tidak sedarkan diri @ Koma
4. Pendarahan yang banyak
5. Kepatahan tulang
6. Terhidu asap / gas beracun
7. Melecur seluruh badan
8. Sawan @ Epilepsi
9. Mengalami kesakitan yg teruk
10. Keracunan makanan @ cirit birit yg teruk.
11. Termakan ubat berlebihan.
12. Wanita hamil turun darah.
13. Individu yg hilang kawalan @ aggresif
14. Pengsan / pitam tiba-tiba
15. Sakit mata yg teruk dan kabur pandangan.
16. Baru mengalami strok / lumpuh.
17. Tahap kesedaran semakin menurun.
18. Tercekik yg menyebabkan sukar bernafas.
19. Terkena kejutan elektrik.
20. Rasa penglihatan hilang tiba-tiba.
21. Muntah-muntah yang teruk.
2. Kesukaran bernafas @ Asthma
3. Tidak sedarkan diri @ Koma
4. Pendarahan yang banyak
5. Kepatahan tulang
6. Terhidu asap / gas beracun
7. Melecur seluruh badan
8. Sawan @ Epilepsi
9. Mengalami kesakitan yg teruk
10. Keracunan makanan @ cirit birit yg teruk.
11. Termakan ubat berlebihan.
12. Wanita hamil turun darah.
13. Individu yg hilang kawalan @ aggresif
14. Pengsan / pitam tiba-tiba
15. Sakit mata yg teruk dan kabur pandangan.
16. Baru mengalami strok / lumpuh.
17. Tahap kesedaran semakin menurun.
18. Tercekik yg menyebabkan sukar bernafas.
19. Terkena kejutan elektrik.
20. Rasa penglihatan hilang tiba-tiba.
21. Muntah-muntah yang teruk.
Bagi kes yang tidak disebutkan sila la ke klinik berhampiran terlebih dahulu. Jika diarahkan oleh klinik untuk menerima rawatan dihospital barulah datang untuk berbuat demikian. Jangan pula baru bersin sekali dirumah terus datang ke wad kecemasan utk menerima rawatan. Kemudian bising dan marahkan pihak hospital kerana terpaksa menunggu berjam-jam. Jadi, sentiasa bertimbangrasa lah.
Amalkan nilai2 murni. Budibahasa amalan kita.
Amalkan nilai2 murni. Budibahasa amalan kita.
No comments:
Post a Comment