Seperti yang diketahui, Buraq adalah kenderaan junjungan besar kita, Rasulullah saw ketika peristiwa Israq dan Mikraq. Ditemani Jibrail as, Rasulullah saw telah menunggang Buraq ke Baitul Maqdis dan seterusnya naik ke langit. Peristiwa ini memberi seribu pengertian kepada umat Islam kerana melalui peristiwa inilah turunnya syariat mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.
Buraq adalah haiwan yang dipercayai mempunyai sifat-sifat malaikat dan ia tinggal di syurga. Buraq seringkali menjadi bahan pertanyaan kepada Rasulullah saw sejak peristiwa Israq dan Mikraq. Buraq diungkap oleh Rasulullah saw ketika ditanya oleh para sahabat baginda mengenai bentuk dan sifatnya adalah seperti berikut:
Aku telah dibawa oleh seekor Buraq,seekor haiwan berkulit putih dan panjang,lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal.Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)
Antara hadis lain adalah:
Kemudian dia (Jibrail as) membawa Buraq yang memiliki wajah rupawan dan bertali kekang, bertubuh tinggi, berkulit putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih kecil daripada baghal. Dia dapat menjejakkan kakinya sejauh pandangannya. Dia memiliki telinga yang panjang. Setiap kali dia melewati gunung, kaki belakangnya bisa memperpanjang langkahnya dan ketika ia menuruni bukit kaki depannya akan memperpanjang jangkauan. Dia memiliki dua sayap pada kedua pahanya yang dapat memberikan kekuatan untuk kedua kakinya.(Riwayat Shahih Bukhari)
Diriwayatkan bahawa Buraq yang ditunggangi oleh Rasullulah saw dan Jibrail as adalah antara 40,000 buraq yang terpilih untuk menjadi kenderaan nabi saw. Buraq ini dikatakan terlampau merindui Rasulullah saw dek kerana nama Rasulullah saw seringkali diungkap di syurga. Ketika Jibrail as ingin memilih buraq di syurga atas perintah Allah swt, diriwayatkan bahawa buraq istimewa ini menangis bercucuran air mata kerana terlampau rindukan nabi.
Bergitulah istimewanya Buraq dalam Islam. Ia bukan sahaja menjadi kenderaan rasmi Rasulullah saw tetapi juga menjadi sinonim dengan setiap ungkapan Israq dan Mikraq. Akan tetapi, bukan sahaja Islam yang mempunyai kisah mengenai Buraq. Terdapat beberapa agama dan tamadun yang mempunyai sejarah mengenai Buraq. Nama Buraq berubah mengikut kesesuaian bahasa tamadun itu. Bentuk dan sifatnya seakan-akan sama dengan Buraq yang diceritakan oleh Rasullulah saw.
Buraq mempunyai kepantasan sejauh mata memandang setiap kali langkahannya.
Cherub (Yahudi dan Kristian)
Cherub adalah makhluk yang sering diungkap dalam Old Tastement dan Book of Revelation. Digambarkan di dalam Old Tastement dan New Tastement bahawa Cherub mempunyai empat bentuk berbeza. Antaranya adalah:
- Berwajah seperti singa dan bersayap.
- Berwajah seperti seperti anak lembu dan bersayap.
- Berwajah seperti seperti manusia dan bersayap.
- Berwajah helang dan bersayap.
Mengikut kepercayaan Yahudi dan Kristian, Cherub adalah salah satu daripada golongan malaikat. Malah, cherub dikatakan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan para Malaikat Arcangel seperti Gibrael, Raphael, Micheal dan sebagainya. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mana Gibrael adalah ketua kepada semua para malaikat. Cherub dipercayai tidak mempunyai nafsu dan perasaan sepertimana manusia. Ia merupakan makhluk Tuhan yang sangat taat.
Cherub
Cherub dipandang mulia kerana ia dikatakan menanggung Singahsana Tuhan(Arasy) sepertimana yang terdapat dalam Ezekiel 9:3
Now the glory of the God of Israel went up from above the cherubim, where it had been, and moved to the threshold of the temple. Then the LORD called to the man clothed in linen who had the writing kit at his side.
Cherub juga dikatakan menjaga Syurga (Garden of Eden) sepertimana yang terdapat dalam Genesis 3:24
After he drove the man out, he placed on the east side of the Garden of Eden cherubim and a flaming sword flashing back and forth to guard the way to the tree of life.
Lamassu atau Shedu (Tamadun Mesopotamia)
Sepertimana Buraq dan Cherub, Lamassu atau kadang-kadang dikenali sebagai Shedu mempunyai sifat-sifat seperti bersayap, berwajah manusia dan berbadan haiwan. Telinga Lamassu adalah mirip telinga lembu dan uniknya Lamassu ini adalah ia mempunyai tanduk.
Masyarakat Mesopotamia purba menganggap Lamassu sebagai penjaga rumah mereka. Ini kita dapat lihat di dalam tinggalan tamadun Mesopotamia yang mana menunjukkan patung Lamassu didirikan secara berpasangan di depan pintu masuk utama istana. Ini menunjukkan simbolik bahawa istana raja mereka telah dijaga oleh dewa penjaga Lamassu yang setia. Antara istana yang mempunyai Lamassu sebagai dewa penjaga adalah Persepolis di Gate of the All Nations, Parsagardae(dipercayai telah musnah), Istana di Khorsabad dan Istana di Ninaveh, Iraq.
Lamassu
Mengenai jantina Lamassu, ramai cendiakiawan mengatakan bahawa Lamassu adalah jantan, namun terdapat segelintir cendiakiawan mengatakan Lamassu adalah berjantina betina.
Griffin (Tamadun Yunani)
Griffin adalah haiwan mitos Yunani. Graffin digambarkan mempunyai kepala helang dan berbadan singa. Graffin seperti Buraq, Cherub dan Lamassu mempunyai sayap di badannya. Graffin mewakili makhluk yang hebat kerana melibatkan campuran antara Singa,iaitu raja rimba dan Helang,iaitu raja burung.
Ukiran mozek Griffin melawan Arimaspi
Griffin dikatakan mempunyai kuasa yang hebat. Selain itu, Griffin mempunyai penglihatan yang tajam dan berkebolehan terbang sepantas kilat. Kemampuannya membuatkan Griffin menjadi haiwan mitos yang paling dikenali berbanding haiwan-haiwan mitos yang lain.
Griffin selalu dikaitkan dengan satu lagi makhluk mitos Yunani yang lain iaitu, Arimaspi. Arimaspi adalah sekelompok makhluk yang terlampau obses dengan emas dan harta-karun milik Griffin. Makhluk ini dikatakan yang berbadan manusia tetapi bermata satu.
Griffin adalah haiwan mitos yang ditugaskan menjaga segala harta karun dan emas orang Yunani.
Pegasus (Tamadun Yunani)
Satu lagi haiwan mitos masyarakat Yunani. Haiwan ini digambarkan berbadan kuda tetapi mempunyai sayap. Ia mirip dengan diskripsi Buraq. Ia adalah Pegasus. Kemampuan Pegasus menyamai kemampuan Buraq. Selalu digambarkan Pegasus adalah kuda terbang berwarna putih. Ia juga menyerupai Buraq Rasulullah saw.
Pegasus yang ditunggangi oleh pahlawan mitos Yunani
Pegasus adalah haiwan liar. Barang siapa yang dapat menjinakkannya, ia bakal memperoleh kekuasaan yang besar. Antara mitos yang mengaitkan Pegasus dengan para pahlawan Yunani adalah kisah Perseus iaitu anak kepada Zeus hasil persetubuhan haramnya dengan manusia ketika ingin menewaskan Medusa. Bergitu juga kisah pahlawan mitos Yunani, Bellerophon ketika ingin menewaskan makhluk jahat Chimera yang memakan manusia.
Kerana dek ego Bellerophon, beliau menunggang Pegasus ke Mount of Olympus,tempat bersemayamnya ketua Dewa,Zeus. Apabila Zeus menyedarinya, beliau menghantar seekor serangga terbang untuk menggigit Pegasus. Malang bagi Bellerophon, beliau jatuh ke bumi namun beliau terselamat tetapi mengalami lumpuh sepanjang hayat. Pegasus kemudian meneruskan pejalanan ke Mount of Olympus dan diambil oleh Zeus untuk dijadikan pemungut petir baginya.
Sleiphnir (Masyarakat Norse)
Sleiphnir adalah kuda kepada Tuhan orang Nordic, Odin. Odin adalah tuhan kepada peperangan, sajak, pengetahuan dan kebijaksanaan. Sleiphnir bermaksud lembut dan lancar. Ia adalah sesuai dengan sifat Sleiphnir yang lembut dan lancar. Sleiphnir menjadi kuda kesayangan kepada Odin. Sleiphnir berkebolehan melakukan pecutan sepantas kilat. Menurut masyarakat Norse, Sleiphnir mempunyai kulit berwarna kelabu dan berkaki lapan.
Ukiran mozek Odin dan Slephnir
Haizum (Kuda Jibrail as)
Haizum dikenali sebagai kuda milik Jibrail as. Menurut ajaran Islam, Jibrail as adalah ketua kepada segala Malaikat. Haizum beberapa kali diungkap Rasullulah dalam hadisnya. Antaranya adalah:
Rasulullah bersabda, “Bergembiralah wahai Abu Bakar, pertolongan Allah telah datang. Ini adalah Jibril yang sedang memegang kendali tunggangannya di atas gulungan-gulungan debu.” (Riwayat Ibnu Ishak)
Rasullulah saw bersabda ketika beberapa detik sebelum berlakunya Perang Badar. Perang Badar diketahui sebagai perang hidup dan mati Islam. Jika Islam kalah, maka tertimbuslah Islam dan tidak lagi mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam menang, Islam bakal mendapat motivasi yang besar dan akan terus bangkit untuk menyebar syiarnya kepada masyarakat Mekah, Madinah dan seluruh dunia.
Oleh kerana itu, Rasullulah saw berdoa bercucuran air mata untuk meminta bantuan Allah ketika peperangan Badar ini. Allah swt adalah perancang yang Maha Hebat, Islam mendapat sokongan moral yang hebat dengan turunnya tentera berpakaian serba hijau iaitu para Malaikat Allah swt. Ini diakui sendiri oleh Rasullulah swt dan para sahabat.
Rasulullah ketika meniup api semangat jihad ke dalam 312 tentera Islam, baginda berseru,
Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat.
Baginda berseru dengan lantang dan berkobar-kobar.
Ibnu Ishhaq berkata, Ketika salah seorang tentara kaum Muslimin mengejar seorang tentera Musyrikin yang berada di depannya. Tiba-tiba dia mendengar suara hencutan cambuk dan suara penunggang kuda yang berkata, “Terus maju wahai Haizum”. Lalu dia menyaksikan orang musyrik yang ada di depannya sudah terjerembab ke tanah dengan wajah yang hancur.
Seseorang dari Ansar yang melihat kejadian ini menceritakan kepada Rasulullah saw, kemudian Rasulullah bersabda,
Engkau benar, itulah pertolongan dari langit yang ketiga.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim II)
Abu Dawud al-Mazini berkata, “Aku sedang mengejar seorang tentera Musyrikin pada masa itu, tiba-tiba kepalanya sudah ditebas sebelum aku mengayunkan pedangku. Aku yakin ada orang lain yang membunuhnya terlebih dahulu.”
Lalu seorang Ansar datang membawa tawanan bernama al-Abbas bin Abdul Muthallib, al-Abbas berkata, “Demi Allah bukan orang ini yang tadi menawanku, tadi aku di tawan oleh seorang laki-laki tinggi yang berwajah tampan dengan menunggang seekor kuda yang gagah. Dan aku tidak pernah melihat dia ditengah-tengah mereka ini.”
Allah swt menghadiah seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini memiliki kelebihan yang luar biasa berbanding kuda biasa.
Dalam peperangan Badar ini, bukan Jibrail as sahaja turut serta malah beribu malaikat lain turut serta berjihad di pihak mukmim. Oleh kerana itu, syaitan dan iblis bergitu gementar melihat kejadian itu.
Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah”. Dan Allah sangat keras siksa-Nya.” (QS. Al-Anfal : 48)