kapal selam buatan produa


Ciptaan Terbaru - Kapal Selam Keluaran Perodua
selatanonline

isteri solehah..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal
dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah
bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati
perintah suami.

ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga
isteri adalah apabila taatkan
suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila
suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah
dan Rasul.

iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak
pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian
barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..

iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam
telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang
mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat
pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar
mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz
dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh
syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa
penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah
adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah
tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

mencaci maki...

 

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang
dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap
demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu
pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah swt yang bermaksud;
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu
yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan
yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan.
Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar
dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah swt yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci ) suatu kaum yang dihina itu
lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka
berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina
atau menganiaya. Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku
jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari
gangguannya menyakiti."
(HR.Muslim)

memuji...

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.
Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.
Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.
Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.
1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.
2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.
4. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.
Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.
5. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.
6. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.
Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.
1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.
2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.
3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.
4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.
5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

kepentingan berakhlak mulia..



Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As r.a, katanya,
“Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak
pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang
yang mulia akhlaknya.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

1. Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara
dari sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.

2. Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah
dan mereka diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang
tinggi di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua
sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan
menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa
ke semasa.

BAKHIL

 

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya
tergolong sebagai perbuatan orang munafik. Bakhil bermaksud seseorang merasakan
sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain.Sebahagian
ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk
mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.

Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggung
jawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan
sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat, enggan membayar akat.Perbuatan
ini amat dikutuk dalam islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t
kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi
kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan
di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran:180)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"Takutlah terhadap kezaliman, sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.
Takutlah terhadap bakhil, sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum
kamu, ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-
perkara yang diharamkan ke atas mereka."
(HR.Muslim dari Jabir r.a)

"Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti."
(HR.Ahmad)

Islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin dengan jalan
yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan
secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil, maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr:9)

ingatlah wahai teman..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

 Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

 Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

 " Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

 Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

 Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
 Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
 Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
 Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
 Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
 Pengajaran
 Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Alasan

Korang pernah tak pikirkan aper alasan nak diberikan biler nak cover up sesuatu situasi? Berikut aderlah contoh contoh alasan yg boleh korang try......

1. Korang dtg lambat ke pejabat dan supervisor bertanyer kenaper lambat? Korang jawab..
(a)Sorry encik, saya punyer jamban tetiber meletop, so terpakser pinjam jamban jiran
(b)Saya ingat encik cuti...tu pasal lah saya lambat
(c)Maaf encik, saya ternaik kretapi KTM instead of kretapi SMRT
(d)Oh lambat ye? tah eh...tak prasan plak, (lepas tu dudok buat kerjer jgn toleh2)


2. Korang malas nak kejer so pi jumper dokter nak mintak MC, korang cakap....
(a)Uhuk Uhuk Uhuk Uhuk arghhhh..arghhhh (sambil jari tunjuk kat tinger)
(b)Dokter, semlm saya termakan kucing saya, sekarang nie diarhoea ah
(c)Semalam saya takbleh tido pasal tertengok Euro2000, sekarang nie macam nak terMC, bleh terkasi?
(d)Dokter idong saya bleh dengar...saya saket kan dokter?


3. Anda terkentot kuat, bau dia sampai kat tekak, sumer org tengok anda, anda pun.....
(a) Bangun dari tempat duduk dan eksen kener fits, mulot kasi kuar buih siket, nampak realistik
(b)Dgn pantas menoleh ke org yg duduk sebelah anda sambil menutop idong, kalao bleh try muntah
(c)Anda senyum lalu berkater"Ye sedare demikianlah tadi demonstrasi saya yg terunggul, diharap anda telahpun terhibur dgn demonstarsi tersebut..terimakasih"
(d)Buat muker sarden


4. Anda ditahan polis trefik keraner memandu terlalu laju, utk menyelamatkan diri dari disaman anda cakap.....
(a) Saya nyer tapak kaki nie tetiber je cramp, jadik saya takleh naik kan pedal accelerator tu
(b) Maaf encik, saya ingat encik kejar saya pasal saya pandu takder lesen, sebabtu lah saya pecut, ruper rupernyer pasal saya speeding eh?
(c) Ok ok i speeding u catch lah...but u speeding to catch me who will catch you??
(d) Alamak sori ah ader urgent ah..nak terberak nie...dah kat ujung...anytime je nie



5. Anda makan mlm dgn seorang wanita yg baru dikenali, time nak baya anda baru prasan yg anda takder duit...anda pon cakap pader dia....
(a)"Eh?...alamak!.....maner pegi beg duit i?....shit!.." pastu buat muker penik, but make sure jgn tunjuk wallet yg terselet kat poket tu.
(b)"I nie bukan aper...i nie baru teringat tadi i dah dermerkan duit i kat budak kutip derma tu, sian tengok muker dia, tak sampai hati i tengok org susah macam tu, u bleh bayakan dulu? besok i ganti...pomis"
(c)"Hey! c'mone..u nie cute ahh...nak bergurao dgn i ye? cepatlah pulangkan beg duit i...i nak baya nie"
(d)Jgn cakap aper aper...angkat kaki teros lari, jgn toleh belakang lagik.



6.Kawan anda tetiber dtg nak pinjam duit...anda memang takmu kasi pinjam..anda cakap....
(a) " Aku tengah kumpul duit buat naik haji tahun depan ah"
(b) " Alerrrrrrr....aku baru nak pinjam duit dari kao"
(c)" Maaf..hari nie mesen cap duit aku rosak ah" kalao dia tanyer biler tak rosak? Anda jawab "Biler kao taknak pinjam duit baru dia tak rosak"
(d) " Siaper kao?"

angry bird

Message body


Salam,
Sekarang ni angry bird menjadi kesukaan kanak-kanak, dari alat tulis,
baju, anak patung dan banyak lagi barangan lain . Pernah saya ke rumah
rakan, anak saudara beliau yang berumur 2 tahun lebih tapi cekap bermain
game angry bird. Kanak-kanak ni menyuruh saya bermain, tapi saya tewas
dan kagum melihat kanak-kanak sekecil ini cepat bertindak dan mengawal
minda dan gerak tangan yang pantas...


On 9 November 2011 11:31, Tok Cepai <cepaiderman@yahoo.com.my> wrote:

http://h8.abload.de/img/fa4cf5dac2amwn3.jpg
Angry Birds Trilogy (2011/Eng/PC) - Full Activate
PC Game | Developer/Publisher: Rovio Mobile | 115 MB
Genre: Arcade


Angry Birds - Rio
http://hotfile.com/d...f7/ab1.rar.html


Angry Birds - Season
http://hotfile.com/d...36/ab2.rar.html


Angry Birds
http://hotfile.com/d...ab/ab3.rar.html


Angry Birds Triliogy (Ada 3 Games sekali gus..)
http://hotfile.com/d...iliogy.rar.html

Password : mygames



--

kehidupan ini...


Memilih rakan sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih rakan
sama ertinya dengan memilih perilaku. Siapapun yang ingin masa depannya
cerah, perilakunya menawan serta luas ilmu dan wawasannya harus pandai
memilih rakan. Tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi
oleh kualiti orang yang menjadi rakannya. Kerana itu ada baiknya sesaorang
dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya.

Manusia tetap manusia, mereka tidak kebal. Terdedah kepada kepayahan dan
dukacita. Terdedah kepada kesakitan dan sengsara. Sehebat mana pun dia,
sebesar mana pun pangkatnya manusia tidak dapat lari dari semua kepayahan-
kepayahan itu. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya.
Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruah-
nya, pada perasaannya.

Kita umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal
yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran. tingkatkan
ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. carilah yang menyenangkan Allah dan
bukan untuk menyenangkan manusia semata. semua orang berharap ganjaran
jannah. yang memang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman
dan bertaqwa kepada Allah.

Rezeki Kita Di Tangan Siapa?

Rezeki... betapa kita semua selalu disibukkan samada secara fikiran, masa dan tenaga utk mencari rezeki... malah terkadang kita mengabaikan dan meninggalkan byk perkara penting demi mencari rezeki. misalnya tanpa sedar kita krg memberi perhatian kpd keluarga. malahan byk antara kita yg tertinggal solat semata2 kerana kesibukan mencari rezeki... inilah dunia dgn segala mcm perhiasannya yg menghanyutkan.

Kalaulah kita melihat keadaan apa adanya, sesungguhnya rezeki adalah di tangan Allah. Dialah Ar-Rozzaq, yang Maha memberi rezeki. Dialah sumber rezeki... dari tgn siapapun kita dpt rezeki, itu hanyalah saluran-saluran untuk Allah mengalirkan rezeki kepada kita... dan saluran-saluran inilah hijab yg menghalang kita utk melihat Allah sebagai sang pemberi rezeki yg mutlak... dan dgn itu kita terseksa. terseksa kerana kita terus mengharap rezeki daripada saluran-saluran ini. kita takut rezeki kita terputus atau terganggu dari saluran-saluran ini... Apa saluran-saluran itu? Contohnya paling dekat Boss kita... kita takut melanggar setiap arahan Boss, nanti kurang gaji. kita kena siapkan kerja secepat mungkin sampai lupa utk solat, sebab takut bos marah dan gaji kena potong ...

Alangkah siksanya jiwa kita kerana tidak melihat apa adanya. kita lebih takut kepada makhluk daripada Sang pencipta yg Maha Kuasa... Jika dah tertulis setakat itu rezeki untuk kita…maka bersyukurlah. Jangan disesali kalau rezeki kita tak sebagus rezeki orang lain.

Surah Al-Ankabut ayat 60

"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Inilah kebenaran... inilah hakikatnya... jadi, kunci pertama utk kita mendapat limpahan rezeki adalah dgn YAKIN... YAKIN bahawa di tangan Allah rezeki kita. yg lain cuma penyalur, bukan sumber... dan YAKIN ini harus disuburkan saban waktu, biar menjadi HAQQUL YAQIN... keyakinan yg sebenar-benarnya, tanpa ada sedikitpun keraguan... inilah konsep yg dicungkil dalam LOA, Law Of Attraction, yg dulunya dikenali sbg LOF, Law Of Faith... yg sebenarnya adalah konsep yg plg dasar dlm kerohanian Islam... iaitu IMAN... YAKIN

Nota kaki ;Berpesan-pesan utk diri sendiri............

http://hakaluka.blogspot.com/2011/11/rezeki-kita-di-tangan-siapa.html

6 cara untuk kuatkan iman dengan Hari Akhirat

1. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk beri'tikaf dan muhasabah diri.

Setiap hari kita sibuk berurusan dengan manusia hingga kita terlupa untuk menghitung bekalan amalan yang ada pada diri kita untuk dibawa ke akhirat kelak. Untuk itu, cuba ambil 10-20 minit setiap hari sebelum atau selepas solat berjemaah di masjid, niatkan i'tikaf dan muhasabah apa yang telah dan akan dilakukan pada hari tersebut. Lahirkan syukur dengan amalan yang telah dilakukan dengan meneruskan amalan dan menambah amalan-amalan lain, juga lahirkan rasa gerun dengan dosa-dosa yang telah dilakukan dengan berhenti berbuat dan beristighfar.

2. Hadiri majlis pengebumian.

Jika terdengar akan berita kematian, hadiri majlis tersebut. Ambil pengajaran dari majlis yang sedemikian. Lihat sendiri apakah gunanya pangkat dan harta apabila kematian menjelma. Lihat apakah kesan interaksi kita dengan masyarakat pada hari tersebut. Jika kita seorang yang baik dengan Allah Subhanahu wa Taala dan masyarakat, bagaimana majlis pengebumian kita dan jika sebaliknya, bagaimana pula?

3. Lazimkan diri menziarahi kubur.

Dengan menziarahi kubur, fikiran kita akan melayang-layang membayangkan apakah balasan yang dikenakan terhadap penghuninya. Adakah ia salah satu taman dari taman-taman syurga? Atau ia salah satu lubang dari lubang-lubang neraka? Bagaimana pula dengan nasib kita?

4. Melibatkan diri dalam urusan memandikan jenazah.

Lihat bagaimana mayat dimandikan. Tubuh terkujur tidak bergerak dan dibolak-balikkan sesuka hati oleh tukang mandi. Walau sehebat manapun kedudukan dia di muka bumi, apabila nyawa sudah berpisah dengan badan, maka tiada lagi kemegahan. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh yang tak mampu lagi bersuara; menyuruh apa yang dikehendaki, melarang apa yang dibenci. Pada saat itu, di manakah kita?

5. Ambil pengajaran dari klip video yang menggerunkan.

Saksikan video-video bencana alam yang menggerunkan. Perhatikan bagaimanakah kekuasaan Allah Subhanahu wa Taala yang mampu untuk menenggelamkan sebuah bandar dalam masa yang sekejap. Menghancurkan sebuah pekan dengan hanya menghantar angin. Tsunami, gempa bumi, ribut taufan -- itu semua tanda kekuasaan dan kebesaran Allah subhanahu wa taala. Maka ketika itu sanggupkah kita mengingkari perintahNya?

6. Berinteraksi dengan alam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberikan contoh yang jelas bagaimana Baginda berinteraksi dengan alam. Baginda mengajarkan kita doa-doa yang dibaca ketika hujan, ribut, guruh, petir, gempa bumi dan lain-lain. Para sahabat bergegas ke masjid apabila berlaku bencana alam bimbang pada hari itu berlakunya Hari Kiamat. Kita?

Mandul...

Seorang gadis cantik menaiki teksi Pak Mat di hadapan Bkt Bintang. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam teksi Pak Mat.

Lantas Pak Mat menghantarnya ke hospital. Pak Mat sedikit STRESS kerna risaukan keadaan penumpangnya dan terpaksa menunggu lama di hospital.

Doktor yg merawat gadis tersebut mengatakan gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat yg bakal bergelar bapa.

Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah kepada bayi itu tapi gadis tersebut beriya mengakui bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi dikandungnya.

Pak Mat bertambah STRESS!

Pak Mat meminta ujian DNA diadakan untuk membuktikan dirinya bukan ayah kepada bayi itu atau sebaliknya. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Menunggu hasil ujian membuatkan Pak Mat semakin STRESS!!

Setelah mendapat keputusan ujian, doktor mengesahkan Pak Mat MANDUL sejak dari lahir.

Lega bukan kepalang Pak Mat dengan keputusan ujian tersebut.

Kemudian Pak Mat pun dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, Pak Mat memikirkan 3 orang anaknya hasil hidup bersama Mak Minah.

Sekarang Pak Mat benar-benar STRESS!!

Apakah perkara yang TERPANTAS di dunia?

~ Pengkaji cuaca : "Angin taufan atau tornado."
~ Doktor : "Panahan Sesuatu."
~ Jurutera: "Peluru."
~ Saintis : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."

TETAPI..

~ Petani menjawab: "SEMBAHYANG..ia sampai kepada Allah walaupun SEBELUM kamu berkata.."

http://hakaluka.blogspot.com

KELEBIHAN LELAKI DAN WANITA

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



Sumber: http://nur-addin.blogspot.com/

24 peringatan untuk isteri/wanita


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.




19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

sedar kah wahai kaum muslimah..

assalamualaikum..

satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

●●●●x1;●●x1;●●x1;Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●x0;●●x0;●●●●
Faedah-faedah Kalung 'Max Bio - FIR' Untuk Kesihatan Tubuh
Di bawah pengaruh dan keadaan yang spesifik tubuh manusia di samping struktur molekular yang unik mampu memancarkan sehingga 6- 14 mikron gelombang panjang. Ini adalah jenis gelombang panjang FIR yang diperlukan oleh tubuh manusia dan boleh mengaktifkan fungsi biologikal tubuh manusia.
Meningkatkan vitaliti, kesihatan & kekuatan tubuh
Melegakan stress dan kesakitan tubuh
Mengaktifkan metabolisma tisu dan sel
Meningkatkan kekuatan mental
Memintas (intercept) getaran eletromagnet
Menurunkan paras asidik tubuh
Mengeluarkan bahan buangan dari tubuh
Membaiki paras oksigen dalam tubuh
Menormalkan kolesterol darah
Meningkatkan dan mengekalkan kesegaran tubuh
Mengatur molekul cecair tubuh
Membaiki sistem saraf
Meringakan sakit kepala/ migrain
Menghapuskan bau
Memanaskan dan menghapuskan lemak, bahan kimia
Membaiki sistem perpeluhan (perspiration)
Menjadikan tidur lebih nyenyak
Untuk kecantikan
Menghapuskan toksin dalam darah
Kesan resonansi Bio FIR memancarkan gelombang FIR untuk mengembangkan
pembuluh darah sehingga aliran darah menjadi lancar
Mengurangi kekentalan darah dan menormalkan tekanan darah
Meningkatkan kemampuan seks
Membantu meringankan penyakit jantung
Membantu meringankan penyakit asma, bronkitis, sinusitis
Mengurangi kadar nikotin dan tar pada rokok

KELEBIHAN MAX-K

Sistem empat enzim menanggalkan kesan kotoran degil seperti darah, kicap, sos, kopi, teh, coklat,
protein dan kanji
Berkuasa menghapus kesan kotoran bermasalah seperti minyak rambut, lemak haiwan dan
minyak hitam
Bahan penyeri optk bertindak untuk menghidupkan warna, anti-kelabu agar warna kekal cerah
Bertindak secara biologi- menanggalkan kesan kotoran secara automatik selepas sepuluh saat
Mengandungi pembasmi kuman untuk menghapuskan kesan-kesan kuman bawaan vektor seperti
kurap dan panau yang terlekat pada pakaian
Sesuai untuk mencuci dan mengilatkan barang kemas, pinggan mangkuk, lantai, mozaik,
marmar, terrazzo, jubin serta sinki
Selamat digunakan sebagai pencuci enjin kenderaan
Tidak mengandungi Natrium Hidroksida (soda api) – tidak merosakkan tangan, jari serta kuku
Sesuai untuk kulit sensitif
    BIODEGRASI
    Tidak mencemarkan alam sekitar
      RUMUSAN KHAS
      Untuk kain lembut, eksklusif, sintetik dan berwarna cerah
      Untuk pakaian bayi
        LAIN-LAIN
        Tidak perlu dicampur dengan bahan pencuci yang lain
        Menepati piawaian antarabangsa
        Sisa air boleh digunakan sebagai baja
        Haruman yang segar
          CARA PENGGUNAAN
          Rendamkan pakaian sebaik-baiknya selama 15 minit sebelum membasuh
          Untuk pakaian yang terlalu kotor, rendamkan sekurang-kurangnya 3 jam